{"id":4286,"date":"2024-06-04T22:47:05","date_gmt":"2024-06-04T14:47:05","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=4286"},"modified":"2024-06-05T21:31:33","modified_gmt":"2024-06-05T13:31:33","slug":"al-fatihahpyan-habib-meninggal-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=4286","title":{"rendered":"Pyanhabib tiada galang ganti \u2013 rakan artis"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PERSADA seni tanah air kehilangan satu lagi permata berharga yang tiada galang gantinya selepas penyair dan pelakon, Mohd Supyan Abdul Rahman atau Pyanhabib, 66, menghembuskan nafas terakhirnya Selasa malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut penyanyi dan pencipta lagu M. Nasir, Pyanhabib merupakan seniman yang unik, istimewa dan pemergian individu yang digambarkan sebagai seorang setia kawan itu merupakan kehilangan besar buat industri seni negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiada orang lagi macam dia \u2026 sajak terkenalnya bertajuk \u2018Suara\u2019, itulah mencerminkan sikapnya sehingga hari ini,\u201d katanya.\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b<\/p>\n\n\n\n<p>M Nasir berkata beliau terkilan kerana hasrat untuk melibatkan Pyanhabib dalam konsertnya \u2018Dato\u2019 M. N45ir\u2019 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan, tidak kesampaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sahabat karib yang juga pelakon, pelawak dan kartunis, Imuda pula menyifatkan arwah seorang baik hati dan suka mengambil berat dan seniman yang disayangi ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dengan dia sangat rapat macam abang dan adik, kami kenal dari awal kerjaya lagi. Terkejut dengar berita sebab saya lama tak jumpa dia\u2026 masing-masing kurang sihat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBanyak kenangan manis susah senang bersama. Di awal kerjaya dulu kami pernah kongsi makan roti canai di Central Market (Pasar Seni) dan sama-sama mengasah bakat menjadi pemain teater yang baik, malah waktu kahwin pun saya jadi pengapit. Saya kahwin dia jadi pengapit, begitulah akrabnya kami,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Imuda yang pernah membintangi dua filem bersama arwah turut berkongsi memori kali terakhir berjumpa seniman awal tahun ini dengan menonton semula filem Mat Som lakonan mereka, juga dianggapnya sebagai memori yang akan dikenang sepanjang hayat.<\/p>\n\n\n\n<p>Vokalis kumpulan legenda Blues Gang, Ito Mohd turut berkongsi kesedihan atas pemergian Pyanhabib yang dianggapnya sebagai seorang seniman berbakat besar dan istimewa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cArwah sepatutnya bersama dengan kami lusa untuk acara Kopi, Lagu dan Puisi di Bukit Malawati, Kuala Selangor, tapi dia telah pergi dulu,\u201d katanya yang kali terakhir berbual dengan arwah sebelum Syawal lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut terkesan Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said yang berasa kehilangan sahabat sejak awal pembabitan dalam dunia kesasteraan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya harap dia dikenang selalu. Memang ada acara sastera berlanjutan jadi saya harap sangat dalam acara sedemikian dia akan diingati,\u201d katanya yang juga menghargai sumbangan dalam bidang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang malam tadi akibat sakit tua dan meninggalkan isteri Zurina Zakaria, 58, serta dua anak Najihah, 31, dan Ahmad Ashman Farabi, 28.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenazah Allahyarham Pyanhabib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lembah Keramat, AU4, Kuala Lumpur pada 11.30 pagi tadi.\u2014 BERNAMA- \/6\/2024<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Al-Fatihah\u2026Pyan Habib meninggal dunia<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Seniman, penulis dan penyair Pyan Habib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman meninggal dunia di rumahnya di AU4 dekat Hulu Kelang Selasa malam.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"389\" height=\"498\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/pyanhabib-berita.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-4287\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/pyanhabib-berita.jpg 389w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/pyanhabib-berita-234x300.jpg 234w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/pyanhabib-berita-150x192.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/pyanhabib-berita-300x384.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 389px) 100vw, 389px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Allahyarham yang dilahirkan di Taiping,Perak berusia 66 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Isteri Pyan Habib sendiri memberitahu mengenai pemergian suaminya itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suami saya Pyan habib yang anda kenal sudah tiada. Kembali pada penciptaNya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maafkan kesalahannya doakan yang baik-baik untuknya,&#8221; kata isterinya pada hantaran di Facebook Pyan Habib.- 4\/6\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERSADA seni tanah air kehilangan satu lagi permata berharga yang tiada galang gantinya selepas penyair dan pelakon, Mohd Supyan Abdul Rahman atau Pyanhabib, 66, menghembuskan nafas terakhirnya Selasa malam. Menurut penyanyi dan pencipta lagu M. Nasir, Pyanhabib merupakan seniman yang unik, istimewa dan pemergian individu yang digambarkan sebagai seorang setia kawan itu merupakan kehilangan besar<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4299,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-4286","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4286","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4286"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4286\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4300,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4286\/revisions\/4300"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4299"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4286"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4286"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4286"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}