{"id":4717,"date":"2024-07-13T14:04:15","date_gmt":"2024-07-13T06:04:15","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=4717"},"modified":"2024-07-13T14:04:19","modified_gmt":"2024-07-13T06:04:19","slug":"tengku-razaleigh-pelik-tafsiran-berbeza-di-dun-dan-parlimen-kes-bekas-wakil-rakyat-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=4717","title":{"rendered":"Tengku Razaleigh pelik tafsiran berbeza di DUN dan Parlimen kes bekas wakil rakyat Bersatu"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kalau orang baru lain ceritalah\u2026ini pandangan orang lama dalam politik dan antara paling lama jadi Ahli Parlimen dan juga bekas menteri kanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Razaleigh Hamzah sendiri pelik bagaimana ada dua tafsiran berbeza di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Parlimen mengenai kedudukan wakil rakyat bekas ahli Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini merujuk kepada keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah istihar kerusi DUN Nenggiri yang disandang Mohd Azizi Abu Naim kosong manakala Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengekalkan status wakil rakyat enam Ahli Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi satu rakaman video di Tik Tok Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu tegas berpendirian mana-mana wakil rakyat yang berpindah sokongan perlu mengosongkan kerusi diwakilinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, apabila mereka sudah berpindah \u2018kiblat\u2019 maka undang-undang yang ada terpakai untuk semua sama ada ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni perkara yang pelik. Sepatutnya ada satu tafsiran sahaja. Kalau kosong di Kelantan (DUN Nenggiri) kerana menggunakan peruntukan Perlembagaan sama yang dipinda oleh Parlimen untuk menyekat orang melompat parti, maka di Parlimen pun sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak boleh berbeza antara satu dengan yang lain kerana peruntukan dalam Perlembagaan itu sama. Kekosongan kerusi di Kelantan itu mesti diwujudkan kerana wakil (rakyat) sudah memberi sokongan kepada parti lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaknanya dia sudah pindah kiblat. Apabila dia pindah kiblat bererti dia sudah pindah parti ataupun dia pindah pendirian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li mendakwa tindakan Johari itu susulan bimbang berlaku ketidakstabilan Parlimen jika mengisytiharkan kekosongan enam kerusi itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAtaupun dia (Johari) memikirkan ini akan tidak akan menjamin supaya Kerajaan Madani akan terus dapat bertindak dengan wajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi ini semuanya alasan-alasan politik yang diberikan, bukan dari segi undang-undang tujuan sebenar kita pinda Perlembagaan dahulu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun beliau menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak perlu takut jika enam kerusi Parlimen itu dikosongkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDahulu dia (Anwar) pernah berkata, dia mempunyai hampir dua per tiga menyokong di Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa nak takut, tidak perlu takut. Saya pun hairan mengapa ini dilakukan. Nampaknya politik lebih daripada segala-galanya,\u201d katanya lagi.- 13\/7\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kalau orang baru lain ceritalah\u2026ini pandangan orang lama dalam politik dan antara paling lama jadi Ahli Parlimen dan juga bekas menteri kanan. Tengku Razaleigh Hamzah sendiri pelik bagaimana ada dua tafsiran berbeza di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Parlimen mengenai kedudukan wakil rakyat bekas ahli Bersatu. Ini merujuk kepada keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4618,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-4717","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4717","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4717"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4717\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4718,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4717\/revisions\/4718"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4618"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4717"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4717"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4717"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}