{"id":5313,"date":"2024-09-15T00:19:39","date_gmt":"2024-09-14T16:19:39","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=5313"},"modified":"2024-09-15T00:19:43","modified_gmt":"2024-09-14T16:19:43","slug":"kpm-sedia-beri-peluang-pendidikan-kepada-402-kanak-kanak-mangsa-eksploitasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=5313","title":{"rendered":"KPM sedia beri peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan rumah amal milik rangkaian sebuah syarikat yang berjaya diselamatkan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata KPM akan membuka peluang berkenaan seluas-luasnya kepada mangsa untuk mendapat pendidikan, seperti termaktub dalam akta pendidikan yang mewajibkan pendidikan sekolah rendah bagi kanak-kanak di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam konteks kes berkenaan, sebenarnya kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan untuk itu KPM akan memberi seluas-luasnya peluang untuk kanak-kanak ini menerima pendidikan dalam sistem pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi kita tengok dulu, tunggu dulu apakah hasil siasatan polis dan di mana ruang dan peluang yang boleh kita bantu bagi memastikan anak-anak kita ini mendapat pendidikan sebagaimana kanak-kanak yang lain, mungkin nasihat kepada ibu bapa dalam memastikan anak-anak ini ikut arus pendidikan,\u201d katanya kepada media selepas Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) Ke-23 di Seremban, hari ini, lapor Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Azman berkata semua kanak-kanak warganegara yang berumur tujuh tahun ke atas wajib diberi pendidikan dan golongan ibu bapa yang gagal berbuat sedemikian, boleh diambil tindakan sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Rabu, Polis Diraja Malaysia dilaporkan telah menyelamatkan seramai 402 kanak-kanak berumur setahun hingga 17 tahun, terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi menerusi Op Global.<\/p>\n\n\n\n<p>Polis turut menahan 171 individu terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian berumur 17 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan.- 14\/9\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan rumah amal milik rangkaian sebuah syarikat yang berjaya diselamatkan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata KPM akan membuka peluang berkenaan seluas-luasnya kepada mangsa untuk mendapat pendidikan,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5314,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-5313","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5313","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5313"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5313\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5315,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5313\/revisions\/5315"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5314"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5313"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5313"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5313"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}