{"id":5321,"date":"2024-09-16T22:19:08","date_gmt":"2024-09-16T14:19:08","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=5321"},"modified":"2024-09-16T22:19:11","modified_gmt":"2024-09-16T14:19:11","slug":"hampir-100000-pelancong-malaysia-belanja-lebih-rm129-juta-di-selatan-thailand-sempena-cuti-hari-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=5321","title":{"rendered":"Hampir 100,000 pelancong Malaysia belanja lebih RM129 juta di Selatan Thailand sempena cuti Hari Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion Baht (RM129 juta) kepada ekonomi tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sittipong Sitthipatprapha, berkata lebih 36,000 pelancong Malaysia memasuki Wilayah Songkhla melalui tiga pintu masuk utama, iaitu Sadao, Dan Prakob, dan Padang Besar pada 14 September lalu dengan kesesakan dilaporkan bermula seawal 5 pagi hingga 11 malam, terutama di kawasan Hat Yai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTinjauan pihak berkuasa di Wilayah Selatan Thailand menunjukkan bahawa sepanjang cuti panjang ini -Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Isnin \u2013 lebih 100,000 pelancong dari Malaysia mengunjungi Selatan Thailand, terutama Hat Yai, Songkhla, serta wilayah berdekatan seperti Phatthalung, Trang, dan Krabi,\u201d katanya kepada Bernama, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga memaklumkan bahawa lebih 400 hotel dengan lebih 30,000 bilik telah ditempah penuh sepanjang cuti ini, dengan anggaran pendapatan lebih daripada 1 bilion Baht.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Roosfa Hashim, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berasal dari Bandar Baru Bangi, berkata beliau telah mengunjungi Selatan Thailand sejak 30 tahun lalu ketika melakukan kajian untuk Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJarak perjalanan yang dekat, harga penginapan yang berpatutan, serta mudahnya mendapatkan makanan halal menjadikan Selatan Thailand destinasi pilihan utama bagi pelancong Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara keseluruhannya, melancong ke Selatan Thailand adalah mudah, murah, serta menawarkan keselesaan dan kepuasan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Roosfa yang ditemui di Pattani menambah bahawa destinasi popular bagi pelancong Malaysia termasuk Hat Yai, Krabi, dan Phuket kerana jaraknya yang dekat serta adanya kemudahan pengangkutan awam yang cekap, baik melalui jalan darat mahupun udara.<\/p>\n\n\n\n<p>Guru, Ramlah Abdul Rashid, dari Sabah pula berkongsi pengalamannya yang suka berkunjung ke Pattani kerana terdapat banyak makanan halal yang enak dan murah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTomyam dan sup di sini lebih asli dan sedap, selain makanan laut yang segar. Nasi Kerabu Diraja di sini juga sangat lazat dan disajikan dengan persembahan yang menarik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menyatakan bahawa di Pattani, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional, termasuk kuih-muih seperti Kuih Tepung Bongkol dan Kuih Cek Mek Molek yang lembut dan enak.- 16\/9\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion Baht (RM129 juta) kepada ekonomi tempatan. Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sittipong Sitthipatprapha, berkata lebih 36,000 pelancong Malaysia memasuki Wilayah Songkhla melalui tiga pintu masuk utama, iaitu Sadao, Dan Prakob, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5322,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-5321","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5321","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5321"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5321\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5323,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5321\/revisions\/5323"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5322"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5321"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5321"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5321"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}