{"id":5502,"date":"2024-10-08T21:21:09","date_gmt":"2024-10-08T13:21:09","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=5502"},"modified":"2024-10-08T21:21:13","modified_gmt":"2024-10-08T13:21:13","slug":"anwar-duduki-tangga-ke-15-pemimpin-islam-berpengaruh-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=5502","title":{"rendered":"Anwar duduki tangga ke-15 pemimpin Islam berpengaruh dunia"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-15 sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia, berdasarkan edisi terbaharu The Muslim 500: The World\u2019s 500 Most Influential Muslim 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi hantaran di aplikasi X hari ini, yang mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri apabila berjaya menaikkan kedudukannya di tangga ke-15 berbanding ke-17 tahun lepas bagi kategori sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejayaan ini menunjukkan satu teladan ketokohan dan kepimpinan yang inklusif untuk masyarakat berbilang kaum,\u201d menurut Nga dalam hantaran berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan penerbitan itu, Anwar merupakan antara 50 individu yang tersenarai sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia selain Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein yang menduduki tangga pertama; Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima); dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto (ke-18).<\/p>\n\n\n\n<p>The Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) yang menerbitkan buku itu juga berkata Anwar berada di tangga kesembilan bagi kategori pemimpin dan ahli politik Islam berpengaruh dunia, mengatasi Prabowo (ke-10) dan Presiden Mesir, Abdel Fattah Saeed Al-Sisi (ke-11).<\/p>\n\n\n\n<p>Baca artikel lain: Lebih banyak pembaikan struktur ekonomi diperkenal dalam Belanjawan 2025 \u2013 PM<\/p>\n\n\n\n<p>Penilaian ke atas mereka dibuat berdasarkan pengaruh masing-masing dalam membuat perubahan dari segi budaya, ideologi, kewangan, politik dan lain-lain ke atas komuniti Islam dan juga di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pengenalan ringkas mengenai Anwar, penerbitan itu menyatakan bahawa Perdana Menteri lantang mengenai perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIbrahim (Anwar) telah menjadi penyokong lantang hak Palestin untuk menentang pendudukan. Pertemuan beliau dengan pegawai Hamas (termasuk pemimpin Hamas yang dibunuh Allahyarham Ismail Haniyeh) telah mendapat kritikan dari Amerika Syarikat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiaran media sosialnya yang menyampaikan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh telah diturunkan, yang mendorong beliau untuk berkata: \u201cBiar ini menjadi mesej yang jelas dan tidak berbelah bahagi kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai instrumen rejim Zionis Israel yang menindas,\u201d menurut penerbitan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2014 BERNAMA- 8\/10\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-15 sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia, berdasarkan edisi terbaharu The Muslim 500: The World\u2019s 500 Most Influential Muslim 2025. Perkara itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi hantaran di aplikasi X hari ini, yang mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri apabila berjaya [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4657,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-5502","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5502"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5502\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5503,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5502\/revisions\/5503"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4657"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}