{"id":5670,"date":"2024-10-29T20:58:20","date_gmt":"2024-10-29T12:58:20","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=5670"},"modified":"2024-10-29T21:28:15","modified_gmt":"2024-10-29T13:28:15","slug":"tnb-jadi-glc-pertama-naikkan-kadar-gaji-minimum-rm1700-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=5670","title":{"rendered":"TNB jadi GLC pertama naikkan kadar gaji minimum RM1,700 \u2013 PM"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang menyahut seruan kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan menzahirkan penghargaan beliau kepada pengerusi, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi TNB kerana bersetuju meluluskan kenaikan kadar gaji minimum itu kepada kakitangan syarikat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih TNB kerana sahut seruan kerajaan ini, beserta kenaikan gaji dan pendapatan kepada seluruh warga kerja syarikat ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak nilai kejayaan TNB semata-mata dari keuntungan (tetapi juga) beroperasi dengan efisyen dan jaga kebajikan anak buah, kerana sesebuah organisasi dan syarikat tidak berjaya tanpa usaha dan komitmen warga kerja di semua peringkat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 TNB di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum, Bangsar Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2025 18 Okt, mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Anwar berkata selain mempunyai sejarah tersendiri dalam industri elektrik negara, TNB telah memainkan peranan yang amat baik dalam memastikan Malaysia terkehadapan dalam bidang peralihan tenaga dan sentiasa bersedia melakukan anjakan sesuai peredaran zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih pengurusan (TNB) kerana terus rangka melalui penyelidikan cari jalan dan kaedah supaya peralihan tenaga berjalan rapi dan berkesan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut memaklumkan beliau akan menyempurnakan pelancaran projek tenaga terapung di Tasik Kenyir di Terengganu, hasil kerjasama TNB dan Petronas pada bulan hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2014 BERNAMA- 29\/10\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang menyahut seruan kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan menzahirkan penghargaan beliau kepada pengerusi, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi TNB kerana bersetuju meluluskan kenaikan kadar gaji minimum itu kepada kakitangan syarikat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5677,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-5670","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5670","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5670"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5670\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5672,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5670\/revisions\/5672"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5677"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}