{"id":5697,"date":"2024-11-01T22:28:18","date_gmt":"2024-11-01T14:28:18","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=5697"},"modified":"2024-11-01T22:28:21","modified_gmt":"2024-11-01T14:28:21","slug":"pm-anwar-selar-pihak-cuba-tanam-kebencian-antara-kaum","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=5697","title":{"rendered":"PM Anwar selar pihak cuba tanam kebencian antara kaum"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh bertolak ansur sama sekali dengan sesiapa yang menanam kebencian antara kaum di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyifatkannya sebagai bibit-bibit rasisme yang wujud di negara ini, Anwar memberikan contoh bahawa kelompok ini cuba mempermainkan ciri fizikal sesuatu kaum seperti tidak mahu menjalin kerjasama dengan mereka yang bermata sepet atau berkulit hitam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApakah Islam mengizinkan penghinaan kerana warna kulit? Bukankah Bilal bin Rabah dengan bibir tebal dan warna kulit hitam tapi didakap oleh keluarga Rasulullah SAW sebagai anggota keluarga?,\u201d katanya pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur, hari ini, lapor Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata ketika ini terdapat pihak yang menuduh beliau sebagai pro-Cina kerana mempunyai hubungan baik dengan DAP, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita ini ada kemanusiaan. Apa hebatnya Melayu ini? Melayu ini paling tinggi budaya, paling halus dan sopan santunnya, Melayu ini asalkan jangan kamu hilangkan martabat, prinsip, agama, budaya\u2026itu identiti kita, kita rangkul semua yang lain,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengambil contoh perkembangan di Gaza, Palestin Anwar berkata serangan terhadap negara itu bermula kerana sentimen kaum serta kebencian terhadap Islam dan Arab yang keterlaluan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata sentimen tersebut telah menyebabkan Israel menyerang Gaza sejak 68 tahun lepas, dengan merampas tanah dan rumah serta pembunuhan beramai-ramai atau genosid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang Amerika Syarikat yang bicara mempertahankan Israel apakah mereka tidak ada ilmu? Mereka ada ilmu. Apakah tidak cukup informasi? Cukup informasi. Masalah itu di mana? Masalah kemanusiaannya, masalah manusiawi dan nilai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita negara kecil, bukan bermaksud kita perang dengan sesiapa tetapi kita juga manusia. Kita ada nilai kemanusiaan. Orang yang dibunuh harian, rumah dibom, masjid dan gereja dimusnahkan harian. Paling tidak kita bersuara\u2026kita benci terhadap kezaliman bukan kebencian terhadap orang, kaum atau agamanya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut berkesempatan menghadiri kenduri rakyat di pekarangan Masjid UPNM dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.- 1\/11\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh bertolak ansur sama sekali dengan sesiapa yang menanam kebencian antara kaum di negara ini. Menyifatkannya sebagai bibit-bibit rasisme yang wujud di negara ini, Anwar memberikan contoh bahawa kelompok ini cuba mempermainkan ciri fizikal sesuatu kaum seperti tidak mahu menjalin kerjasama dengan mereka yang bermata sepet [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5698,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-5697","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5697","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5697"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5697\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5699,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5697\/revisions\/5699"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5698"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5697"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5697"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5697"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}