{"id":5753,"date":"2024-11-10T20:51:17","date_gmt":"2024-11-10T12:51:17","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=5753"},"modified":"2024-11-11T16:22:08","modified_gmt":"2024-11-11T08:22:08","slug":"anwar-lakukan-kunjungan-hormat-ke-atas-presiden-el-sisi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=5753","title":{"rendered":"Malaysia-Mesir gesa gencatan senjata segera di Gaza, Lubnan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia dan Mesir mengutuk serangan Israel serta menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan Lubnan untuk mengelakkan krisis kemanusiaan yang lebih parah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu, Anwar dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bersetuju mengenai keperluan untuk memperjuangkan keamanan dan keselamatan di Asia Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua pemimpin turut memberi perhatian terhadap situasi kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia juga merakamkan penghargaan kepada Mesir atas bantuan dalam memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan daripada Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza,\u201d menurut kenyataan itu, lapor Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua pemimpin menegaskan semula hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, termasuk hak terhadap sebuah negara Palestin yang merdeka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mempertimbangkan semula permohonan Palestin untuk keahlian penuh, selaras dengan Resolusi A\/RES\/ES10\/23 yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 10 Mei 2024,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Anwar dan El-Sisi mengutuk keras pencabulan undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta undang-undang hak asasi manusia antarabangsa oleh Israel dalam operasi ketenteraannya di Lubnan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTindakan ini juga mencabuli kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan, melalui pencerobohan dan serangan udara berterusan yang meragut nyawa lebih dua ribu orang awam tidak berdosa serta menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua pemimpin menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB bagi memastikan keamanan dan keselamatan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Agensi Anadolu melaporkan lebih 3,100 orang maut dan lebih 13,800 lagi cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023, memetik pihak berkuasa kesihatan Lubnan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan perubatan, angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt 2023 telah meningkat melebihi 43,500, dengan lebih 102,000 orang cedera.- 11\/11\/2024<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Anwar lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden El-Sisi<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"500\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/anwar-mesir2xx.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5766\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/anwar-mesir2xx.jpg 800w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/anwar-mesir2xx-300x188.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/anwar-mesir2xx-768x480.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/anwar-mesir2xx-150x94.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/anwar-mesir2xx-696x435.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim disambut oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi ketika tiba di Istana sempena Lawatan Rasmi ke Mesir di Istana Al-Ittihadiya , Kaherah Mesir pada 10 November 2024. &#8211; AFIQ HAMBALI\/Pejabat Perdana Menteri\n\nNO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Istana Al-Ittihadiya, sempena lawatan rasminya ke Mesir.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar dalam satu kenyataan di Kaherah pada Ahad berkata, dalam pertemuannya bersama El-Sisi, mereka menyentuh pelbagai perkara dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hubungan ini meliputi soal kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan, minyak sawit, industri halal, pendidikan, pelancongan, kesihatan serta sumber asli dan tenaga boleh baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perbincangan kami turut menyentuh soal BRICS, yang Malaysia menghargai usaha Mesir dalam menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama,\u201d kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mesyuarat dua hala kedua-kedua pemimpin.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata, dalam pertemuan itu juga, beliau dan El- Sisi turut membincangkan situasi di Palestin dan Malaysia menyanjung usaha Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat, yang bertindak selaku perantara dalam menoktahkan penindasan oleh rejim zionis Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, turut dibincangkan ialah mengenai situasi kian meruncing di Lubnan, yang berkemungkinan boleh mengakibatkan konflik lebih meluas di Asia Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami bersetuju bahawa kedua-dua negara mesti memainkan peranan yang lebih proaktif dan tegas dalam memastikan keganasan dihentikan dan nyawa diselamatkan serta keadilan sejagat mesti ditegakkan.-10\/11\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia dan Mesir mengutuk serangan Israel serta menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan Lubnan untuk mengelakkan krisis kemanusiaan yang lebih parah. Dalam satu kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu, Anwar dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bersetuju mengenai keperluan untuk memperjuangkan keamanan dan keselamatan di Asia [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5767,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-5753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5753"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5768,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5753\/revisions\/5768"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5767"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}