{"id":5948,"date":"2024-12-02T19:59:10","date_gmt":"2024-12-02T11:59:10","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=5948"},"modified":"2024-12-03T13:48:56","modified_gmt":"2024-12-03T05:48:56","slug":"sprm-jawab-dakwaan-muhyiddin-pasal-tindakan-beku-akaun-bank-parti-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=5948","title":{"rendered":"SPRM jawab dakwaan Muhyiddin pasal tindakan beku akaun bank parti Bersatu\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Betulkah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekukan akaun parti Bersatu sejak Januari 2023 salah dari segi undang undang?<\/p>\n\n\n\n<p>Tandatanya ini timbul ekoran dakwaan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu bahawa berdasarkan undang-undang sedia ada, mana-mana agensi tidak berhak untuk menahan akaun parti dalam tempoh 12 bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di Shah Alam beliau memberitahu parti itu mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap SPRM berhubung pembekuan akaun.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Wan Shaharuddin Wan Ladin pada Isnin mengeluarkan satu kenyataan menolak dakwaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjelaskan pembekuan akaun bank Bersatu tidak dibuat sewenang-wenang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau sebaliknya ia tertakluk kepada Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amlaftpuaa) 2001.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Shaharuddin berkata sitaan dibuat kerana ia berkaitan dengan siasatan serta pendakwaan, dan ia tidak boleh dilepaskan sehingga selesai perbicaraan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Seksyen 50(1) adalah berkenaan dengan penyitaan harta alih dalam institusi kewangan, dan dalam kes ini, mengikut seksyen tersebut, pendakwa raya (DPP) telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan supaya harta alih di institusi kewangan itu disita serta mengarahkan institusi kewangan itu supaya tidak melepaskan atau melupuskan harta alih yang terbabit sehingga perintah itu diubah atau dibatalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Justeru, tempoh perintah penyitaan yang dibangkitkan itu adalah jelas dinyatakan dalam Seksyen 52A dalam akta yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa menyatakan sesuatu perintah penyitaan yang dibuat di bawah akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas tamat tempoh 12 bulan dari tarikh perintah penyitaan itu, sekiranya orang yang terhadap perintah itu tidak dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini,\u201d katanya dalam kenyataan media, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Shaharuddin berharap orang ramai memahami segala tindakan pihak berkuasa dalam pendakwaan kes ini adalah tertakluk kepada peruntukan akta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan bagi orang yang dituduh, segala peluang untuk membela diri serta membuktikan dirinya tidak bersalah juga ada tempatnya di sisi undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua akaun Bersatu yang dibekukan pada 12 dan 13 Januari 2023 telah disita SPRM pada 11 April tahun sama untuk tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>SPRM memaklumkan, sitaan dibuat setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sidang medianya,Muhyiddin juga berkata ,\u201cKita tengah memikirkan dan sudah berbincang dengan peguam sama ada nak ambil tindakan kepada SPRM kerana mengarahkan bank yang bersedia nak keluarkan tuntutan akaun yang kita nak gunakan. Dia tak benarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas itu, nak buka akaun baharu juga tak benarkan. Ini zalim. Kami rasa ini satu perkara yang tidak adil.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dah bincang dan minta peguam teliti, mungkin nak ambil tindakan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab dan kedua kepada bank (sehingga) perbelanjaan kita tak boleh dibayar dan sebagainya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin berkata, pendengaran kes permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan mencabar SPRM itu akan berlangsung pada 23 Januari depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun katanya, berdasarkan undang-undang sedia ada, mana-mana agensi tidak berhak untuk menahan akaun parti dalam tempoh 12 bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeguam sudah maklumkan bahawa tuntutan Bersatu untuk akaun diserahkan dan diaktifkan semula adalah wajar bersandarkan kepada undang-undang yang ada kaitan dengan hal itu. Mereka hanya boleh menahan (akaun) dalam tempoh 12 bulan. Itu pun tak patut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas tempoh 12 bulan, mereka masih terus bekukan akaun. Dia tak sita tapi bekukan akaun, tak tahu atas sebab apa. Kita berpendapat bahawa ini menyalahi undang-undang, malahan dilihat sebagai salah guna kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAgensi apa pun termasuk SPRM tak boleh langgar (undang-undang). Sebab itu, tuntutan kita di mahkamah ini wajar kerana sebagai sebuah pertubuhan, kita tak dikenakan apa-apa hukuman atau dituduh,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin menegaskan, Bersatu tidak boleh dituduh atas apa-apa kesalahan dan sukar untuk bergerak jika kerajaan membuat tindakan sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSoal saya (dikenakan pertuduhan mahkamah), lainlah. Bersatu adalah organisasi dan sebagai sebuah pertubuhan politik yang besar, bagaimana kita nak hidup kalau kerajaan bertindak sebegini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi tengok, kita masih cergas. Duit tak ada pun, kita kutip sikit-sikit. Kita tak malu beritahu, terpaksa kutip duit daripada ahli dan akhirnya, boleh bayar untuk adakan perhimpunan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKos hampir RM400,000 untuk laksanakan, tak murah. Macam mana kita nak urus (parti) kalau akaun sah tak boleh digunakan, nak buka akaun baru pun tak dibenarkan. Bagi saya itu tindakan yang melanggar perlembagaan dan undang-undang,\u201d katanya.- 2\/12\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Betulkah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekukan akaun parti Bersatu sejak Januari 2023 salah dari segi undang undang? Tandatanya ini timbul ekoran dakwaan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu bahawa berdasarkan undang-undang sedia ada, mana-mana agensi tidak berhak untuk menahan akaun parti dalam tempoh 12 bulan. Pada sidang media selepas Perhimpunan Agung<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2426,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-5948","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5948","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5949,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5948\/revisions\/5949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2426"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}