{"id":6026,"date":"2024-12-09T09:41:38","date_gmt":"2024-12-09T01:41:38","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6026"},"modified":"2024-12-09T11:28:28","modified_gmt":"2024-12-09T03:28:28","slug":"berita-baik-untuk-warga-malaysia-timur-feri-ekspres-labuan-kk-kembali-beroperasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=6026","title":{"rendered":"Berita baik untuk warga Malaysia Timur\u2026 Feri ekspres Labuan-KK kembali beroperasi"},"content":{"rendered":"\n<p>Selepas tiga tahun tidak beroperasi, akhirnya perkhidmatan feri ekspres ulang alik Labuan-Kota Kinabalu akan disambung semula mulai 15 Disember ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkhidmatan feri tersebut dihentikan hampir tiga tahun sejak pandemik COVID-19 menyebabkan penduduk mengalami kesukuran untuk berulang alik antara Labuan &#8211; Kota Kinabalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, yang mengesahkan perkara itu, berkata ia merupakan peristiwa penting dalam langkah meningkatkan sistem perhubungan di pulau bebas cukai ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, perkhidmatan itu sangat popular namun operasinya terpaksa dihentikan kerana kurang mendapat sambutan ketika penularan COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres dijangka mengeratkan hubungan antara Labuan dengan tanah besar Sabah bagi menangani masalah kesalinghubungan yang telah lama wujud.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak akan mengabaikan keperluan Labuan untuk meningkatkan sistem perhubungan\u2026 usaha ini penting bukan sahaja untuk komuniti setempat tetapi juga bagi meningkatkan bilangan pelawat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Zaliha berkata perkhidmatan itu berpotensi merancakkan semula sektor pelancongan sekali gus menggalakkan agensi industri itu menawarkan pakej merangkumi Sabah dan Labuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSistem perhubungan yang dipertingkat dijangka menarik lebih ramai pelawat dan merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata sebagai tambahan kepada penyambungan semula perkhidmatan itu, kerajaan merancang meluaskan diskaun 50 peratus perjalanan yang kini tersedia untuk penumpang dan terminal feri roll-on roll-off (RoRo) kepada mereka yang menggunakan feri ekspres.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak nampak sebarang isu dalam pemberian subsidi yang sama dengan diskaun 50 peratus kepada pengguna feri ekspres,&#8221; katanya sambil menekankan komitmen untuk meringankan kos perjalanan penumpang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Zaliha juga berkata penyambungan perkhidmatan itu selaras dengan strategi kerajaan yang lebih luas untuk menyokong industri tempatan dan komuniti yang menggunakan laluan Labuan-Kota Kinabalu-Labuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan menangani jurang kesalinghubungan dan mempromosi pelancongan serantau, inisiatif itu dijangka membuka jalan kepada aliran ekonomi untuk Labuan dan kawasan sekitar,&#8221; katanya.-9\/12\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas tiga tahun tidak beroperasi, akhirnya perkhidmatan feri ekspres ulang alik Labuan-Kota Kinabalu akan disambung semula mulai 15 Disember ini. Perkhidmatan feri tersebut dihentikan hampir tiga tahun sejak pandemik COVID-19 menyebabkan penduduk mengalami kesukuran untuk berulang alik antara Labuan &#8211; Kota Kinabalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, yang mengesahkan perkara [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6027,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-6026","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6026","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6026"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6026\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6028,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6026\/revisions\/6028"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6027"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}