{"id":6291,"date":"2024-12-19T09:20:00","date_gmt":"2024-12-19T01:20:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6291"},"modified":"2024-12-19T20:56:33","modified_gmt":"2024-12-19T12:56:33","slug":"langkah-mcmc-sebar-pengetahuan-dunia-digital-pada-komuniti-orang-asli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=6291","title":{"rendered":"Langkah MCMC sebar pengetahuan dunia digital pada komuniti Orang Asli"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam usaha untuk memastikan segenap lapisan rakyat mendapat manafaat dari dunia digital\u2026Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak lupakan komuniti orang asli.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk tujuan berkenaan MCMC melaksanakan satu kempen advokasi di Sungai Tonggang, Perak dalam usaha memperkasa komuniti Orang Asli terhadap keselamatan dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu kenyataan MCMC memberitahu Kampung Sungai Tonggang telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk projek perintis itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek selama tiga bulan ini meliputi program advokasi keselamatan digital dan pembangunan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>kempen advokasi itu juga berusaha membina keupayaan komuniti tersebut untuk memanfaatkan dunia digital dan seterusnya memajukan ekonomi mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut MCMC, kempen tersebut dijayakan bersama rakan-rakan strategik seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa); jabatan pendidikan negeri; Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Pos Malaysia; Sekretariat Wanita Perak dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Kempen tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semasa sesi lawatan kerja beliau ke Kampung Orang Asli Sungai Tonggang yang turut meliputi lawatan ke tapak menara JENDELA Kampung Orang Asli Sungai Tonggang yang baru beroperasi sejak Oktober 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia membawa tema From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan MCMC itu memberitahu di bawah program advokasi keselamatan digital, murid-murid berusia tujuh hingga 17 tahun akan didedahkan dengan enam sesi pembelajaran di pusat sebaran maklumat nasional (NADI) yang berdekatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itudi bawah program advokasi pembangunan ekonomi, suruhanjaya itu bersama rakan-rakan strategik itu akan mengadakan sesi bimbingan keusahawanan untuk membantu masyarakat Orang Asli mencipta peluang perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenerusi sesi bimbingan yang diberikan itu, mereka dapat mengetengahkan produk tradisional bernilai tinggi dan seterusnya menjana sumber pendapatan sekali gus membantu mencipta industri komuniti yang lebih kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSalah satu contoh kejayaan yang telah dicapai setakat ini ialah inisiatif ekopelancongan iaitu Projek Kayuh D\u2019Tonggang yang diusahakan komuniti Orang Asli dengan sokongan pelbagai agensi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHasil sokongan yang diberikan telah berjaya menarik pelancong serta menjana pendapatan untuk penduduk setempat dan ini telah memperkukuh ekonomi komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPembangunan infrastruktur, sosioekonomi serta jaminan keselamatan dalam talian adalah penting kepada usaha membentuk sebuah ekosistem yang baik selain mempersiapkan masyarakat Orang Asli dalam mendepani cabaran mendatang,\u201d katanya.- 19\/12\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam usaha untuk memastikan segenap lapisan rakyat mendapat manafaat dari dunia digital\u2026Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak lupakan komuniti orang asli. Untuk tujuan berkenaan MCMC melaksanakan satu kempen advokasi di Sungai Tonggang, Perak dalam usaha memperkasa komuniti Orang Asli terhadap keselamatan dalam talian. Satu kenyataan MCMC memberitahu Kampung Sungai Tonggang telah dipilih sebagai lokasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6292,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-6291","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6291","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6291"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6291\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6293,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6291\/revisions\/6293"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6292"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6291"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6291"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6291"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}