{"id":6400,"date":"2024-12-27T09:28:58","date_gmt":"2024-12-27T01:28:58","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6400"},"modified":"2024-12-27T09:28:59","modified_gmt":"2024-12-27T01:28:59","slug":"tnb-cadang-naik-tarif-elektrik-di-semenanjung-bermula-julai-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/2024\/12\/27\/tnb-cadang-naik-tarif-elektrik-di-semenanjung-bermula-julai-2025\/","title":{"rendered":"TNB cadang naik tarif elektrik di Semenanjung bermula Julai 2025"},"content":{"rendered":"\n<p>Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen\/kWj.<\/p>\n\n\n\n<p>Bernama melaporkan TNB menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>TNB berkata kadar pulangan kawal selia dikekalkan pada 7.3% seperti di bawah RP3 dan ini akan membolehkan firma utiliti itu membuat pelaburan penting dalam industri, memastikan bekalan elektrik yang terjamin dan berterusan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kos penjanaan kekal sebagai komponen terbesar tarif elektrik, dengan gas dan arang batu terus menjadi sumber bahan api utama untuk penjanaan elektrik sepanjang tempoh ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebarang kos penjanaan tambahan hasil daripada harga bahan api yang lebih tinggi untuk bekalan elektrik akan dilepaskan melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTNB kekal neutral dalam hal ini dan tidak akan ada kesan ke atas operasi perniagaan atau kedudukan kewangan syarikat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru-baru ini, kerajaan meluluskan pelaksanaan RP4 di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dari Januari 2025 hingga Disember 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Firma utiliti nasional itu berkata keputusan tersebut dimaklumkan menerusi surat daripada Suruhanjaya Tenaga (EC) kepada TNB bertarikh 24 Dis, 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, perbelanjaan modal yang dibenarkan ialah RM42.821 bilion, terdiri daripada perbelanjaan modal asas sebanyak RM26.554 bilion dan perbelanjaan modal luar jangka RM16.267 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJumlah perbelanjaan modal yang dibenarkan bagi RP4 dijangka membawa manfaat ekonomi yang besar ke arah merangsang ekonomi negara dan menyediakan rangkaian elektrik untuk memudahkan agenda peralihan tenaga negara,\u201d kata TNB.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala perbelanjaan operasi yang dibenarkan ialah sebanyak RM20.782 bilion, yang menyokong perancangan dan pelaksanaan aktiviti operasi serta penyelenggaraan yang diperlukan untuk semua infrastruktur elektrik TNB.<\/p>\n\n\n\n<p>TNB berkata keputusan untuk melaksanakan RP4 adalah bukti komitmen kerajaan terhadap rangka kerja IBR, yang menjadi tonggak kemampanan dan kestabilan industri bekalan elektrik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui pelaksanaan RP4 di bawah IBR, TNB komited untuk memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan terjamin kepada pelanggan, meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan memudahkan agenda peralihan tenaga negara,\u201d katanya.-27\/12\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB). Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen\/kWj. Bernama melaporkan TNB menerusi makluman kepada Bursa [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6401,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-6400","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6400","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6400"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6400\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6402,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6400\/revisions\/6402"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6401"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6400"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6400"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6400"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}