{"id":6405,"date":"2024-12-27T09:45:06","date_gmt":"2024-12-27T01:45:06","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6405"},"modified":"2024-12-27T10:08:01","modified_gmt":"2024-12-27T02:08:01","slug":"sprm-tumpu-banteras-rasuah-besar-pada-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=6405","title":{"rendered":"SPRM tumpu banteras rasuah besar pada 2025&#8230;"},"content":{"rendered":"\n<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dalam aspek perolehan, penguatkuasaan dan rasuah besar pada 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah itu bertujuan membantu pertumbuhan ekonomi negara, mengurangkan ketirisan, serta mengembalikan aset dan wang negara yang telah diselewengkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu akan melaksanakan perubahan struktur melalui penambahbaikan pendekatan kerja, selain memperkukuhkan fungsi dan peranan setiap bahagian agar lebih berkesan dalam melaksanakan tugas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai Ketua Pesuruhjaya, saya akan melakukan pembaharuan terhadap pendekatan yang digunakan di SPRM, termasuk cara bekerja, berfikir, dan pola pemikiran. Langkah ini penting agar SPRM tidak terperangkap dalam zon selesa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita perlu menjalani transformasi untuk meningkatkan keberkesanan dan kepakaran, sekali gus memastikan pegawai lebih profesional dalam melaksanakan tugas dengan berkesan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata penekanan khusus akan diberikan terhadap penyiasatan tatakelola dengan penjenamaan semula Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (Perun) kepada Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa sekali gus memberikan taring kepada SPRM untuk memastikan hasil penyiasatan tatakelola dilaksanakan oleh jabatan terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenting bagi menutup ruang dan peluang rasuah, selaras dengan usaha memperkasakan pentadbiran dan amalan tatakelola,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, SPRM akan menyemak semula semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya bagi menangani cabaran semasa, memandangkan kes-kes rasuah kini semakin rumit dan kompleks.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan kekuatan kakitangan semasa, adalah penting untuk mengamalkan pendekatan yang tepat dengan menilai semula strategi yang digunakan di semua sektor SPRM,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Anwar, yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2025, mengumumkan peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta pada 2025 berbanding RM338 juta yang diterima 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas, bagi memastikan pesalah rasuah diheret ke muka pengadilan.-27\/12\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dalam aspek perolehan, penguatkuasaan dan rasuah besar pada 2025. Langkah itu bertujuan membantu pertumbuhan ekonomi negara, mengurangkan ketirisan, serta mengembalikan aset dan wang negara yang telah diselewengkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu akan melaksanakan perubahan struktur melalui penambahbaikan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3955,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-6405","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6405","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6405"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6405\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6408,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6405\/revisions\/6408"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3955"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6405"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6405"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6405"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}