{"id":6615,"date":"2025-01-06T14:47:32","date_gmt":"2025-01-06T06:47:32","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6615"},"modified":"2025-01-06T14:47:35","modified_gmt":"2025-01-06T06:47:35","slug":"jangan-pinggir-mana-mana-negeri-dalam-kempen-melawat-malaysia-2026-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=6615","title":{"rendered":"Jangan pinggir mana-mana negeri dalam kempen Melawat Malaysia 2026 &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p>Semua kementerian memberi tumpuan meningkatkan keupayaan dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi tanpa meminggirkan mana-mana negeri menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion yang bakal dijana termasuk sasaran kehadiran 35.6 juta pelancong menerusi TMM2026 mampu dicapai dengan pembabitan semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTMM2026 adalah satu pendekatan baru dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang utama dan ini bermulanya satu inisiatif, ikhtiar supaya betul-betul mencatat pertumbuhan pelancongan ke seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya minta semua kementerian memberikan tumpuan supaya Malaysia dapat meningkatkan keupayaan bidang pelancongan dan tentunya pelaburan serta ekonomi supaya tidak ada kawasan atau negeri yang tersisih dan tertinggal,\u201d katanya di Majlis Peluncuran Kempen TMM2026 pada 6 Januari.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Anwar sasaran kehadiran 35.6 juta pelancongan yang bakal menjana pendapatan RM147.1 bilion itu disifatkan sebagai pragmatik dan realistik.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, jika unjuran itu dicapai, ia secara tidak langsung memberi manfaat besar kepada pelbagai sektor di negara ini seperti pelancongan, makanan dan minuman serta industri berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, di sebalik angka utama ini, matlamat kita jelas iaitu mempromosikan pelancongan yang lestari kepada alam sekitar dan komuniti. Pelancongan ini bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi sambil menyediakan pengalaman yang bermakna dan tidak dapat dilupakan kepada pelawat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia bukan sekadar destinasi biasa tetapi destinasi yang unik, mesra alam dan diperkaya dengan keunikan rakyatnya yang berbilang budaya dan bangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Perdana Menteri matlamat itu juga selaras dengan kerangka Madani, iaitu nilai teras pembangunan negara dengan mengutamakan kelestarian seiring pencapaian tahap yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni diakui sebagai sesuatu yang sering diabaikan dalam keghairahan mengejar kejayaan dan pembangunan yang banyak mengabaikan aspek alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, dalam usaha kita mempromosikan Malaysia, kita ingin mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi yang lestari dan harmoni, dengan warisan budaya yang pelbagai, berasaskan asas budaya yang kukuh dan inklusif dalam pendekatannya,\u201d-6\/1\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua kementerian memberi tumpuan meningkatkan keupayaan dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi tanpa meminggirkan mana-mana negeri menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion yang bakal dijana termasuk sasaran kehadiran 35.6 juta pelancong menerusi TMM2026 mampu dicapai dengan pembabitan semua pihak. \u201cTMM2026 adalah satu [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6616,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-6615","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6615","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6615"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6615\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6617,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6615\/revisions\/6617"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6616"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6615"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6615"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6615"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}