{"id":6649,"date":"2025-01-07T15:13:49","date_gmt":"2025-01-07T07:13:49","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6649"},"modified":"2025-01-07T15:13:50","modified_gmt":"2025-01-07T07:13:50","slug":"mcmc-terima-4699-permohonan-turunkan-kandungan-media-sosial","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=6649","title":{"rendered":"MCMC terima 4,699 permohonan turunkan kandungan media sosial"},"content":{"rendered":"\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dan perjudian di media sosial dalam tempoh tujuh hari bermula 1 Januari lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, angka itu adalah yang terkini dicatatkan oleh MCMC setakat jam 9 pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, daripada 4,699 sebanyak 72 peratus berkait isu judi dalam talian dan 14 peratus hantaran berunsur penipuan atau scam.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kedua-dua ini sudah 86 peratus daripada semua kandungan yang diminta diturunkan,&#8221; katanya ketika sidang media selepas menghadiri Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025), katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi berkata, MCMC berjaya menyekat lebih 3.1 billion panggilan scam dan memproses hampir 12,000 aduan pada 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perkara itu adalah satu pencapaian penting yang menegaskan komitmen Malaysia dalam menangani ancaman siber dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, adalah penting untuk mengimbangi kemajuan teknologi dengan peraturan yang kukuh bagi memastikan pertumbuhan teknologi mampan dapat diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, walaupun teknologi memacu kemajuan, namun ia perlu disokong oleh peraturan yang melindungi pengguna dan menggalakkan inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;IRC 2025 adalah antara usaha Malaysia untuk bekerjasama dengan rakan serantau ASEAN bagi menetapkan piawaian digital secara bersama dan memupuk inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia berhasrat memimpin pembangunan dasar serantau yang memberi tumpuan kepada keselamatan siber dan akses teknologi yang saksama bagi memastikan rantau ini kekal berdaya saing di peringkat global,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi turut menyeru pihak berkepentingan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk rangka kerja peraturan yang mengimbangi inovasi dengan perlindungan pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita mesti secara bersama-sama menangani kerumitan era digital untuk mewujudkan masa depan yang lebih terhubung, selamat, dan inklusif,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada acara itu, Fahmi turut merasmikan robot kecerdasan buatan Malaysia yang diberi nama Ahmad.-7\/1\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dan perjudian di media sosial dalam tempoh tujuh hari bermula 1 Januari lalu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, angka itu adalah yang terkini dicatatkan oleh MCMC setakat jam 9 pagi tadi. Katanya, daripada 4,699 sebanyak 72 peratus berkait isu judi dalam [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6650,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-6649","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6649","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6649"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6649\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6651,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6649\/revisions\/6651"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6650"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6649"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6649"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6649"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}