{"id":6652,"date":"2025-01-07T00:25:00","date_gmt":"2025-01-06T16:25:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6652"},"modified":"2025-01-07T15:27:15","modified_gmt":"2025-01-07T07:27:15","slug":"sprm-janji-bertindak-dalam-tempoh-24-jam-selepas-aduan-rasuah-diterima","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=6652","title":{"rendered":"SPRM janji bertindak dalam tempoh 24 jam selepas aduan rasuah diterima"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak ke atas aduan berunsur rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima dan pengadu boleh mengetahui status siasatan ke atas aduannya selepas 28 hari bekerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Itu merupakan antara tujuh perkara yang telah diberi penambahbaikan dalam Piagam Pelanggan SPRM baharu yang dilancarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, pada majlis penyampaian amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM di Putrajaya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu kenyataan hari ini, Azam berkata piagam berkenaan diberi penambahbaikan selari dengan perubahan semasa dan objektifnya ialah menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah yang unggul di dunia, serta memastikan perkhidmatan suruhanjaya itu sentiasa memenuhi harapan tinggi rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKali terakhir Piagam Pelanggan SPRM ditambah baik ialah pada tahun 2015 dan diguna pakai sehingga 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenambahbaikan ini merupakan komitmen serta jaminan SPRM kepada pelanggan dan pihak berkepentingan bahawa penyampaian perkhidmatan akan mematuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara lain yang ditambah baik dalam piagam tersebut ialah maklumat dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa serta keputusan tapisan keutuhan melalui sistem tapisan keutuhan (e-STK), akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Piagam baharu itu turut memaklumkan keperluan SPRM memberi maklum balas ke atas permohonan program pendidikan antirasuah yang diterima dalam tempoh lima hari bekerja, dan memberi maklum balas ke atas permohonan program domestik dan antarabangsa dalam tempoh tujuh hari bekerja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenambahbaikan lain ialah keperluan memuat naik maklumat berkaitan pesalah rasuah dalam Pangkalan Data Pesalah Rasuah dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh sabitan oleh mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selaras dengan Pelan Strategik SPRM 2021-2025, Azam berkata tiga hala tuju dan strategi utama SPRM yang difokuskan bagi Pencapaian Negara Bebas Rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiga hala tuju tersebut ialah pemerkasaan penguatkuasaan berkesan (sektor operasi); pencegahan rasuah yang menyeluruh (sektor pencegahan); dan pembudayaan integriti (sektor pengurusan),\u201d katanya.<br>\u2014 BERNAMA-7\/1\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak ke atas aduan berunsur rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima dan pengadu boleh mengetahui status siasatan ke atas aduannya selepas 28 hari bekerja. Itu merupakan antara tujuh perkara yang telah diberi penambahbaikan dalam Piagam Pelanggan SPRM baharu yang dilancarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, pada [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2426,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-6652","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6652","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6652"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6652\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6653,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6652\/revisions\/6653"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2426"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6652"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6652"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6652"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}