{"id":6750,"date":"2025-01-11T12:07:08","date_gmt":"2025-01-11T04:07:08","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6750"},"modified":"2025-01-11T12:07:11","modified_gmt":"2025-01-11T04:07:11","slug":"menteri-kdn-saifuddin-ulas-kes-dakwaan-ugutan-jenayah-anaknya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=6750","title":{"rendered":"Menteri KDN Saifuddin ulas kes dakwaan ugutan jenayah anaknya\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tidak ada sesiapa yang terlepas daripada apa-apa tindakan undang-undang di negara ini termasuk anak menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menegaskan perkara itu bagi menjawab dakwaan berhubung kes ugutan jenayah terhadap anaknya melibatkan seorang wanita pada 1 Januari baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu sekiranya terdapat laporan seperti didakwa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnak saya tidak mengatasi undang-undang. Kalau ada laporan terhadapnya maka tanggungjawab polis untuk menyiasat setelus dan seadilnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMerujuk kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini, bahawa kertas siasatan sudah pun disempurnakan dan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, biarkan proses mengambil tempat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi prinsip yang saya pegang adalah semua kita ini tidak kebal undang-undang, tidak mengatasi undang-undang termasuk anak saya sendiri. Jika siasatan ada asas, biar proses mengambil tempat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika Sesi Tinjauan Gate Kod QR MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Negara, Razarudin Husain pada Khamis mengesahkan kertas siasatan kes tersebut telah disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 6 Januari lalu selepas laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 1 Januari lalu,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya pihak pendakwaan mengarahkan pegawai penyiasat mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut oleh anak menteri berusia di penghujung 20-an itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, siasatan awal mendapati anak menteri itu sudah bernikah dengan wanita itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita juga sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi membantu siasatan yang dibuat,\u201d kata Razarudin lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengadu membuat laporan polis pada 1 Januari lalu dan siasatan dibuat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan ugutan jenayah.- 11\/1\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Tidak ada sesiapa yang terlepas daripada apa-apa tindakan undang-undang di negara ini termasuk anak menteri. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menegaskan perkara itu bagi menjawab dakwaan berhubung kes ugutan jenayah terhadap anaknya melibatkan seorang wanita pada 1 Januari baru ini. Justeru itu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu sekiranya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5735,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-6750","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6750","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6750"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6750\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6751,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6750\/revisions\/6751"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5735"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6750"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6750"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6750"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}