{"id":6913,"date":"2025-01-17T07:02:30","date_gmt":"2025-01-16T23:02:30","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=6913"},"modified":"2025-01-17T07:02:35","modified_gmt":"2025-01-16T23:02:35","slug":"angkara-kilang-kitar-semula-air-sungai-jadi-pink-di-semenyih","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=6913","title":{"rendered":"Angkara kilang kitar semula\u2026 air sungai jadi &#8216;pink&#8217; di Semenyih"},"content":{"rendered":"\n<p>Pencemaran sungai di Selangor masuk ke tahap baharu selepas air sungai Kabul di Beranang Semenyih berubah warna merah jambu (pink) akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak industri.<\/p>\n\n\n\n<p>Pencemaran sepanjang 300 meter berjaya dikesan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor kira-kira 7 malam, 15 Januari, sebaik siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas siasatan, terungkai berpunca sungai jadi warna pink adalah kerana pelepasan efluen (sisa buangan cecair) dari sebuah kilang kitar semula memproses plastik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar, berkata sepasukan anggota dan pegawai telah digerakkan ke tempat kejadian dan menemui aliran air berwarna merah jambu yang memasuki Sungai Kabul.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, siasatan dan pemeriksaan lanjut kemudian mendapati ia berpunca daripada sebuah kilang kitar semula plastik yang terletak berhampiran aliran itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemerhatian mendapati premis tidak beroperasi pada malam sebelumnya dan tiada pekerja di kawasan kilang. JAS hanya diiringi wakil premis yang merupakan lelaki berusia 50-an tahun sepanjang siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan pengakuan awal, pihak premis menyatakan terdapat insiden pelepasan sisa buangan cecair yang tidak disengajakan daripada proses kilangnya,\u201d katanya, lapor Kosmo!.<\/p>\n\n\n\n<p>Nor Aziah memberitahu pemeriksaan tertumpu kepada kawasan penstoran bahan mentah, pembuatan, loji rawatan sisa buangan cecair dan penstoran sisa pukal.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua sampel telah diambil daripada premis untuk analisa Jabatan Kimia Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi mencegah pencemaran, Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(a) (1) AKAS 1974 telah dibuat terhadap kilang itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lembaga Urus Air Selangor (Luas) yang turut terlibat dalam siasatan menemukan paip disyaki disambung tanpa kebenaran susulan siasatan kejadian air Sungai Kabul berubah warna merah jambu itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi hantaran di Facebook Luas, pihaknya juga mengesan aliran air berwarna merah jambu keluar daripada paip berkenaan yang masuk ke alur buatan dan seterusnya ke Sungai Kabul.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan penyelarasan bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diambil untuk penutupan segera paip yang belum dikenal pasti punca alirannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bagi kurangkan risiko pencemaran merebak lebih teruk ke Sungai Kabul, Sungai Beranang dan seterusnya Sungai Semenyih,\u201d kata Luas yang menambah bahawa kerja pembersihan oleh premis terbabit sudah selesai dilaksanakan.-17\/1\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pencemaran sungai di Selangor masuk ke tahap baharu selepas air sungai Kabul di Beranang Semenyih berubah warna merah jambu (pink) akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak industri. Pencemaran sepanjang 300 meter berjaya dikesan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor kira-kira 7 malam, 15 Januari, sebaik siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu. Selepas siasatan, terungkai [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6914,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-6913","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6913","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6913"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6913\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6915,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6913\/revisions\/6915"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6913"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6913"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6913"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}