{"id":7035,"date":"2025-01-21T07:07:34","date_gmt":"2025-01-20T23:07:34","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7035"},"modified":"2025-01-21T07:08:13","modified_gmt":"2025-01-20T23:08:13","slug":"jauhi-tiga-pantai-di-pahang-elak-bahaya-obor-obor-beracun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7035","title":{"rendered":"Jauhi tiga pantai di Pahang, elak bahaya obor-obor beracun"},"content":{"rendered":"\n<p>Musim cuti sekolah ramai yang nak bawa keluarga berehat tepi pantai, mandi manda, berkelah bersama\u2026 tapi kalau anda di Pahang nanti dulu!<\/p>\n\n\n\n<p>Sekurang-kurangnya tiga pantai di tiga daerah yang wajib anda dan keluarga jauhi bukan kerana bahawa ombak besar dan arus kuat ketika musim monsum ini, tetapi penemuan obor-obor beracun yang boleh menyebabkan kematian.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar, berkata pihaknya mengesahkan obor-obor beracun daripada spesis Portuguese Man o\u2019 War atau nama saintifiknya physalia physalis ditemui terdampar di <strong>Pantai Hiburan (Rompin); Pantai Lagenda (Pekan)<\/strong> dan<strong> Pantai Sepat (Kuantan)<\/strong> dalam jumlah besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdullah berkata setakat ini hanya spesis itu yang ditemui pegawai perikanan di tiga daerah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, katanya pegawai Jabatan Perikanan Pahang akan menjalankan pemantauan dan tinjauan dari semasa ke semasa di pantai terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini, Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai kerana bahaya ombak besar dan arus kuat, selain mengelakkan risiko jika terdapat obor-obor berbahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara spesis itu ialah Portuguese Man o\u2019 War dan cubozoan jellyfish atau box jellyfish yang sengatannya sangat beracun dan boleh mendatangkan kesan kecederaan serius atau mungkin menyebabkan kematian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeringatan juga diberikan kepada pihak bertanggungjawab di peringkat daerah dan melalui media sosial Jabatan Perikanan Pahang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini pada 13 Januari lalu, obor-obor beracun itu ditemui terdampar di tiga pantai berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, beberapa kawasan pantai lain di Terengganu dan Kelantan turut dilaporkan \u2018dipenuhi\u2019 obor-obor beracun itu dan penduduk dinasihatkan berwaspada dengan tidak menyentuh haiwan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, kehadiran obor-obor berkenaan dipercayai akibat daripada fenomena air pasang besar dan pihak berkuasa di negeri terbabit telah mengeluarkan amaran buat orang ramai menghindari kawasan pantai terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Februari dan Mac 2024, enam kes sengatan obor-obor jenis sama direkodkan berlaku di perairan Kelantan dan lima kes di Terengganu membabitkan kanak-kanak dan orang dewasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Mangsa yang terkena sengatan mengalami gejala kesakitan, bengkak dan gatal-gatal pada tempat sengatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Jabatan Kesihatan, tiada antivenom untuk bisa yang disebabkan sengatan obor-obor spesies berkenaan dan rawatan yang diberikan hanyalah untuk melegakan gejala.-21\/1\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Musim cuti sekolah ramai yang nak bawa keluarga berehat tepi pantai, mandi manda, berkelah bersama\u2026 tapi kalau anda di Pahang nanti dulu! Sekurang-kurangnya tiga pantai di tiga daerah yang wajib anda dan keluarga jauhi bukan kerana bahawa ombak besar dan arus kuat ketika musim monsum ini, tetapi penemuan obor-obor beracun yang boleh menyebabkan kematian. Pengarah [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7036,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-7035","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7035","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7035"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7035\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7038,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7035\/revisions\/7038"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7036"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7035"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7035"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7035"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}