{"id":7159,"date":"2025-01-24T22:02:51","date_gmt":"2025-01-24T14:02:51","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7159"},"modified":"2025-01-24T22:04:58","modified_gmt":"2025-01-24T14:04:58","slug":"pm-tiada-halangan-himpunan-rakyat-benci-rasuah-esoksabtu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7159","title":{"rendered":"PM tiada halangan Himpunan Rakyat Benci Rasuah&#8230;"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melarang penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadual esok,Sabtu di ibu negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kebenaran sudah diberikan pihak berkuasa terlibat kecuali beberapa lokasi yang tidak mendapat kelulusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, beliau akui hairan apabila himpunan itu mensasarkan era pentadbirannya yang baru masuk dua tahun berbanding kes-kes berprofil tinggi pada era sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tak ada masalah, kebenaran sudah diberikan. Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) sebut, cuma ada tempat yang tidak diberi kebenaran, bagi saya tak ada masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNak bantah, bantahlah rasuah. Soalnya rasuah ini dibangkit ini yang sekarang, saya jadi Perdana Menteri dua tahun, apa dia masalah rasuah? Ini yang ditumpukan (penganjur),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata selepas menunaikan Solat Jumaat di Pusat Islam UiTM Dengkil, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, dilaporkan Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah itu dianjurkan susulan perhimpunan Ambang Tahun Baharu pelajar di Sabah yang membantah ahli politik negeri itu didakwa terlibat dalam skandal rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Anwar mempersoalkan tiada yang bersuara ketika beliau mendedahkan kehilangan berbilion ringgit wang rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBangkit soal lama\u2026yalah sebahagian selesai, sebahagian tak mampu selesai. Bila kita bangkit soal berbilion hilang tak ada pula bersuara, tak ada pula yang sokong, malah ada yang pertahankan pula.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kamu orang kaya (ambil rasuah) berbilion ringgit, ramai penyokong pertahan. Sekarang kata nak lawan rasuah. Saya komited, kalau ada mana-mana pimpinan yang terlibat bagi tahu, tak ada masalah, kita tekan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, isu-isu dibangkitkan hari ini melibatkan keputusan yang dibuat ketika pemerintahan terdahulu yang tiada kaitan dengan pentadbirannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan ini juga yang saya tekankan dalam mesyuarat Kabinet tadi. Ini kamu dah bangkit soal-soal lama yang ditutup masa mereka (pemerintahan terdahulu). Jadi nak suruh saya ambil tindakan, tindakan apa? Ada yang dibangkitkan soal Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman\u2026Itu dilepaskan masa mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMasa saya, apabila SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buka balik fail, mereka kata tak boleh teruskan. Jadi, macam mana? Saya nak dihujat dan dikecam dalam soal yang saya tak terlibat?\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar sempat menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang rasuah di semua peringkat sepanjang pentadbirannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Himpunan itu dijadual melibatkan perarakan di pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, polis memaklumkan penganjur gagal mematuhi syarat Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat persetujuan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pemilik Dataran Merdeka.-24\/1\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melarang penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadual esok,Sabtu di ibu negara. Menurutnya, kebenaran sudah diberikan pihak berkuasa terlibat kecuali beberapa lokasi yang tidak mendapat kelulusan. Namun, beliau akui hairan apabila himpunan itu mensasarkan era pentadbirannya yang baru masuk dua tahun berbanding kes-kes berprofil tinggi pada era sebelumnya.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7160,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-7159","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7159","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7159"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7159\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7162,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7159\/revisions\/7162"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7160"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7159"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7159"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7159"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}