{"id":7297,"date":"2025-01-30T07:44:27","date_gmt":"2025-01-29T23:44:27","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7297"},"modified":"2025-01-30T07:44:29","modified_gmt":"2025-01-29T23:44:29","slug":"promosi-pelancongan-malaysia-di-pintu-sempadan-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7297","title":{"rendered":"Promosi pelancongan Malaysia di pintu sempadan ASEAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Satu lagi langkah luar biasa yang dilaksanakan Tourism Malaysia untuk mempertingkatkan bilangan pelancong ke Malaysia. Nampak remah tetapi cukup berkesan, iaitu buka reruai jualan di pintu-pintu sempadan negara ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia Lee Thai Hung berkata langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pihaknya akan melaksanakan lebih banyak misi jualan secara strategik di kawasan sempadan Malaysia dengan Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif ini bertujuan menarik lebih ramai pelancong serantau dengan memperkenalkan pelbagai tawaran pelancongan yang kompetitif dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam setiap misi jualan, kami akan membawa pemain industri pelancongan secara langsung kepada pelancong termasuk wakil daripada syarikat penerbangan, perhotelan, taman tema serta pengusaha inap desa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di ASEAN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Keraian Sambutan Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Lee berkata beliau yakin sasaran yang ditetapkan dapat dicapai menerusi pelbagai inisiatif promosi yang akan dilaksanakan sepanjang tahun selain kedatangan delegasi antarabangsa ke Malaysia sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai mesyuarat dan acara peringkat serantau, yang dijangka menarik lebih ramai pelawat perniagaan dan pelancong daripada negara-negara ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepengerusian ASEAN bukan sahaja membuka peluang besar kepada sektor pelancongan Malaysia malah mengukuhkan lagi peranan negara sebagai hab pelancongan utama di rantau ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumaat lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata kementeriannya sedang mengkaji semula sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) susulan kejayaan sektor pelancongan negara yang melebihi jangkaan awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiong berkata sasaran asal 36 juta pelancong antarabangsa mungkin akan dinaikkan selepas Malaysia berjaya menarik 38 juta pelancong pada 2024, jauh mengatasi ramalan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Lee berkata program hari ini menyaksikan Tourism Malaysia meraikan ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa di empat lapangan terbang utama di negara ini bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina dan kempen TMM2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain di KLIA Terminal 1 dan 2, tiga lagi sambutan meraikan para pelancong diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.-30\/1\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu lagi langkah luar biasa yang dilaksanakan Tourism Malaysia untuk mempertingkatkan bilangan pelancong ke Malaysia. Nampak remah tetapi cukup berkesan, iaitu buka reruai jualan di pintu-pintu sempadan negara ASEAN. Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia Lee Thai Hung berkata langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7298,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-7297","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7297","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7297"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7297\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7299,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7297\/revisions\/7299"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7297"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}