{"id":7349,"date":"2025-01-31T19:18:00","date_gmt":"2025-01-31T11:18:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7349"},"modified":"2025-02-01T07:19:48","modified_gmt":"2025-01-31T23:19:48","slug":"malaysia-diiktiraf-lima-negara-paling-aktif-wakaf-al-quran-peringkat-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7349","title":{"rendered":"Malaysia diiktiraf lima negara paling aktif wakaf al-Quran"},"content":{"rendered":"\n<p>Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam program wakaf al-Quran di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini menunjukkan Malaysia bukan sahaja komited dalam memperkasakan wakaf al-Quran di dalam negara, malah memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan menyebarkannya di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Penaung Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan berkata, itu terbukti dengan kerjasama antara negara Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dalam penyediaan dan bahan pendidikan Islam juga semakin berkembang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya mengulangi komitmen kerajaan untuk memperkasakan syiar Islam melalui inisiatif Wakaf al-Quran yang dilihat mampu meluaskan akses dan menghidupkan<\/p>\n\n\n\n<p>amalan berwakaf demi melahirkan generasi celik al-Quran yang memahami dan mengamalkan ajarannya, serta membina ummah dan negara Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bahkan, program Wakaf al-Quran oleh Yayasan Restu dan Majlis Agama Islam Negeri sudah menyumbangkan lebih 100,000 naskhah ke luar negara termasuk Indonesia, Thailand, Kemboja, China, dan Afrika Selatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di Malaysia, Waqaf Al-Quran bermula sejak 2007 dengan matlamat utama menyebarkan al-Quran kepada masyarakat yang kurang berkemampuan, sehingga kini dianggarkan lebih 500,000 naskah diwakafkan oleh pelbagai institusi dan organisasi di Malaysia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam ucapan sebelum melancarkan Program Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan sempena Festival Seni Al-Quran Antarabangsa 2025 (ReQaf) di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, di sini malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Zahid berkata, sebagai sebuah negara Islam yang progresif, Malaysia berpotensi besar untuk menjadi pusat percetakan dan pengedaran al-Quran terbesar di rantau ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan adanya Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya, Malaysia memiliki fasiliti bertaraf antarabangsa dan mampu mencetak jutaan naskhah setiap tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Justeru, marilah kita bersama-sama menjayakan misi ini. Dengan tekad dan kesungguhan, kita mampu menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dalam memperkukuhkan institusi wakaf dan pendidikan Islam,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis itu katanya, selain mengedarkan Mushaf Huffaz kepada anak tahfiz, inovasi baharu iaitu Mushaf Mufiq diperkenalkan.-1\/2\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam program wakaf al-Quran di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini menunjukkan Malaysia bukan sahaja komited dalam memperkasakan wakaf al-Quran di dalam negara, malah memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan menyebarkannya di peringkat global. Beliau yang juga Penaung Wakaf [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7350,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-7349","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7349","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7349"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7349\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7352,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7349\/revisions\/7352"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7350"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7349"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7349"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7349"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}