{"id":7391,"date":"2025-02-03T18:51:01","date_gmt":"2025-02-03T10:51:01","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7391"},"modified":"2025-02-04T20:32:54","modified_gmt":"2025-02-04T12:32:54","slug":"isu-tarif-elektrik-naik-ini-penjelasan-perdana-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7391","title":{"rendered":"KEMASKINI : Khabar gembira\u202685 peratus rakyat tidak terkesan kenaikan tarif elektrik Julai ini &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p>Ketika masih berlegar lagi tandatanya mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik mulai Julai ini\u2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan yang sudah tentu melegakan golongan majoriti rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang pasti ialah 85 peratus rakyat tidak terlibat dengan kenaikan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar beri penjelasan berkenaan sebagai menjawab soalan Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pada sidang Dewan Rakyat pagi Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu ingin tahu secara pasti sama ada betul atau tidak tarif elektrik bakal dinaikkan pada tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini ekoran beberapa laporan yang bercanggah termasuk kenyataan pihak Tenaga Nasional sendiri mengenai kenaikan tarif itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu berlegar spekulasi di media sosial konon kenaikan tarif itu sampai 14 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Spekulasi itu mencetuskan kebimbangan khususnya pada golongan berpendapatan rendah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata &#8220;saya tegaskan semula kenaikan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mengikut kaedah ICPT (Pelepasan Kos Tidak Berimbang) mulai Julai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c85 peratus rakyat tak akan terkesan dengan kenaikan ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya kenaikan tarif elektrik hanya akan melibatkan pengguna industri dan golongan &#8216;maha kaya&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di Kuala Lumpur Isnin,semalam Anwar mempertahankan kenaikan tarif elektrik .<\/p>\n\n\n\n<p>Ini selepas Presiden ACCCIM Ng Yih Pyng membangkitkan kebimbangan bahawa langkah itu boleh memberi kesan kepada kos perniagaan dan inflasi yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri menjelaskan kenaikan tarif elektrik tetap akan berlaku dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketetapan itu, katanya, perlu dibuat memandangkan kenaikan kadar tarif elektrik berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pada jawapan di Dewan Rakyat Anwar menjelaskan dalam ucapan di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran ACCCIM beliau hanya menyebut akan kenaikan tarif bagi industri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sebut may i respons, yang saya sebut semalam may i respons to the call by Datuk Ng (Presiden ACCCIM), i responding to his request, apa dia?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa dia request kenaikan tarif bagi industri, faham tak bukan kepada negara bukan kepada rakyat, dan saya kata itu pun tidak 14 peratus seperti yang diumumkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaknanya respons saya itu kepada industri kerana kenaikan tarif kepada industri kepada golongan maha kaya, yang nak kita pertahankan ini apa dia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau tak cukai kepada orang kaya macam mana nak tambah peruntukan sekolah, hospital, jadi kita kena terima kenaikan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya\u2026kita tidak akan tolak ansur,\u201d katanya.- 4\/2\/2025<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sebarang kenaikan tarif elektrik tak akan bebankan komuniti perniagaan &#8211; PM Anwar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun 2025, tidak akan membeban atau merugikan komuniti perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa isi rumah berpendapatan rendah akan terus tidak terjejas oleh semakan tarif yang dijadualkan bagi separuh kedua tahun 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menekankan perkara terbabit ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di Kuala Lumpur pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa ini, kerajaan memberikan subsidi elektrik kepada lebih 85 peratus isi rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTarif asas elektrik di Malaysia ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dan disemak setiap tiga tahun,\u201d menurut kenyataan itu lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain tarif asas, katanya, terdapat mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) yang disemak setiap enam bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cICPT melaraskan kadar elektrik berdasarkan perubahan sebenar dalam kos bahan api.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada Januari lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan kerajaan sudah meluluskan kenaikan 14.2 peratus dalam tarif asas bagi tempoh 2025 hingga 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun begitu, kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik sebenar untuk industri dan isi rumah bagi separuh pertama tahun 2025, iaitu tiada perubahan pada kadar yang dikenakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, semakan tarif seterusnya akan dilakukan pada Julai 2025.-4\/2\/2025<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>BERITA SEBELUM INI <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Isu tarif elektrik naik\u2026 ini penjelasan Perdana Menteri<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan tidak menolak kemungkinan tarif elektrik akan naik selepas Julai depan bagaimanapun menafikan ia akan naik mendadak sebanyak 14 peratus seperti yang dispekulasikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kenaikan tarif elektrik tetap akan berlaku dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketetapan itu, katanya, perlu dibuat memandangkan kenaikan kadar tarif elektrik  berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMengenai isu Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT), kadar pemindahan elektrik itu bukan 14 peratus. Tidak!<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti yang anda tahu, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Jadi, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat. Kami bersedia untuk mendengar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, sudah pasti ia bukan seperti yang dikatakan. Ini sebabnya saya baru sahaja semak dengan Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sekiranya saya tersilap fakta,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1000\" height=\"667\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/anwar-cina.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-7395\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/anwar-cina.jpg 1000w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/anwar-cina-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/anwar-cina-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/anwar-cina-150x100.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/anwar-cina-696x464.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Anwar berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 27 Dis lalu, Anwar berkata kerajaan sedang mengambil langkah memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik tidak membebankan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu Anwar mengulas mengenai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan pekerja asing.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia menafikan kadar itu akan meningkat, sebaliknya kekal pada kadar dua peratus, yang disifatkan lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus.<br>ADS<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi terdapat kebimbangan ia akan meningkat, bermula pada 2 peratus kemudian naik kepada empat peratus dan enam peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa bukan begitu. Kita kekalkannya pada 2 peratus, yang mana sangat minimum,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata kabinet akan menaikkan kadar caruman berkenaan kepada empat peratus apabila keadaan bertambah baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini media melaporkan bermula 1 Julai 2025 ini, tarif elektrik asas di Semenanjung Malaysia akan meningkat 14.2 peratus kepada 45.62 sen\/kWj bagi tempoh 2025 hingga 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelarasan naik daripada kadar semasa 39.95 sen\/kWj ini adalah hasil penelitian yang dicapai pada rangka kerja kawal selia sektor kuasa kelak.-3\/2\/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketika masih berlegar lagi tandatanya mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik mulai Julai ini\u2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan yang sudah tentu melegakan golongan majoriti rakyat. Apa yang pasti ialah 85 peratus rakyat tidak terlibat dengan kenaikan itu. Anwar beri penjelasan berkenaan sebagai menjawab soalan Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7418,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-7391","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7391","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7391"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7391\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7436,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7391\/revisions\/7436"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7391"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7391"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7391"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}