{"id":7455,"date":"2025-02-05T15:43:15","date_gmt":"2025-02-05T07:43:15","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7455"},"modified":"2025-02-06T12:11:02","modified_gmt":"2025-02-06T04:11:02","slug":"isu-adendum-tuduhan-pm-derhaka-kepada-institusi-raja-adalah-fitnah-bbc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7455","title":{"rendered":"Isu Adendum: Tuduhan PM derhaka terhadap institusi Raja adalah fitnah – BBC"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) kata tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat semalam,yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menderhaka terhadap institusi diraja, adalah satu fitnah jahat dan tidak berasas.<\/p>\n\n\n\n
BBC dianggotai dari kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang tidak berjawatan dalam kerajaan anggap tuduhan ini adalah taktik lama pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen institusi diraja demi kepentingan politik mereka sendiri.<\/p>\n\n\n\n
Hal ini ditegaskan oleh Ketua BBC Datuk Mohd Sahar Abdullah yang juga Ahli Parlimen Paya Besar,Pahang dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen Rabu.<\/p>\n\n\n\n
Semalam,sidang Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Hamzah membangkitkan isu kewujudan titah adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara di rumah.<\/p>\n\n\n\n
Susulan kekecohan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, melarang sebarang perbahasan berkaitan titah adendum berkenaan dalam sidang Parlimen kali ini.<\/p>\n\n\n\n
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH BBC<\/p>\n\n\n\n
KELAB PENYOKONG KERAJAAN MADANI (BACKBENCHERS CLUB-BBC)
BERKENAAN MENJAWAB TUDUHAN FITNAH KETUA PEMBANGKANG TERHADAP YAB PERDANA MENTERI<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Kami, Kelab Penyokong Kerajaan Madani (Backbenchers Club \u2013 BBC), ingin menegaskan
bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat semalam,
yang mendakwa Perdana Menteri (PMX) menderhaka terhadap institusi diraja, adalah
Tiada Unsur Penderhakaan Perdana Menteri Malaysia<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan kewujudan titah Tuanku Sultan Pahang
berkaitan tahanan rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau
menjelaskan bahawa titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya dan menegaskan
bahawa urusan berkaitan titah addendum adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam
Negara (AGC), bukan di bawah tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Manipulasi Fakta oleh Pembangkang<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n
Tuduhan ini adalah taktik lama pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan
memainkan sentimen institusi diraja demi kepentingan politik mereka sendiri. Ini adalah
satu cubaan yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan keresahan dalam kalangan
Pelaburan Bergantung pada Polisi dan Ekonomi, Bukan Fitnah Politik
Dakwaan bahawa pelabur tidak akan masuk ke negara ini kerana kononnya berlaku
penderhakaan adalah tidak berasas. Keputusan pelabur bergantung kepada kestabilan
ekonomi, polisi mesra pelabur, dan keyakinan terhadap kepimpinan negara, bukannya
fitnah politik yang tidak berlandaskan realiti.<\/li>\n\n\n\n
Sikap Tidak Bertanggungjawab Ketua Pembangkang<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n
Fitnah sebegini bukan sahaja mencerminkan ketidakmatangan politik tetapi juga boleh
merosakkan hubungan antara kerajaan dan institusi diraja serta menjejaskan imej negara
di peringkat antarabangsa. Ketua Pembangkang seharusnya lebih bertanggungjawab
dalam mengeluarkan kenyataan, bukan menyebarkan dakwaan tidak berasas demi
Komitmen PMX terhadap Institusi Diraja<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n
Sepanjang pentadbiran, PMX sentiasa menunjukkan penghormatan tinggi terhadap
institusi diraja dan berpegang teguh kepada prinsip Raja Berperlembagaan. Segala
tindakan kerajaan sentiasa selari dengan peruntukan Perlembagaan dan mengutamakan
kepentingan negara.<\/p>\n\n\n\n
Sehubungan itu, kami menegaskan bahawa tuduhan Ketua Pembangkang adalah tidak
benar dan hanya bertujuan menghasut rakyat. Rakyat perlu menolak politik fitnah dan
memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara.<\/p>\n\n\n\n
KELAB PENYOKONG KERAJAAN MADANI
(BACKBENCHERS CLUB \u2013 BBC)<\/strong>
5 Februari 2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) kata tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat semalam,yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menderhaka terhadap institusi diraja, adalah satu fitnah jahat dan tidak berasas. BBC dianggotai dari kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang tidak berjawatan dalam kerajaan anggap tuduhan ini adalah […]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2197,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-7455","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7455","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7455"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7455\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7458,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7455\/revisions\/7458"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2197"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7455"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7455"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7455"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}