{"id":7495,"date":"2025-02-07T21:39:19","date_gmt":"2025-02-07T13:39:19","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7495"},"modified":"2025-02-07T21:39:23","modified_gmt":"2025-02-07T13:39:23","slug":"tiada-keperluan-wujud-garis-panduan-muslim-hadiri-majlis-perayaan-bukan-islam-pm-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7495","title":{"rendered":"Tiada keperluan wujud garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam \u2013 PM Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Jemaah Menteri hari ini memutuskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet pagi ini dan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berpendapat tidak perlu kerana orang Islam tahu garis panduan dia. Macam saya ke acara ini (tinjauan Thaipusam) saya bukan masuk upacara agama, Gobind Singh (Menteri Digital) dia sering ke masjid di kawasan dia tapi bukan upacara agama. Jadi kita biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi jangan persulitkan, jangan menimbulkan kerisauan dalam masyarakat. Saya nak tegaskan keputusan muktamad Jemaah Menteri pagi tadi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau situasi semasa menjelang perayaan Thaipusam di kuil Batu Caves pada Selasa ini (11 Feb).<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memuktamadkan satu garis panduan yang merangkumi penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan dan upacara kematian orang bukan Islam serta kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri menjelaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang agama rasminya Islam, kepentingan kaum dan agama lain di negara ini juga harus dijaga bagi memelihara keamanan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang perlu orang Islam jaga akidah dia\u2026ada peraturannya. Ada yang tak boleh dilanggar tetapi untuk menyantuni masyarakat pelbagai kaum pelbagai agama itu tidak ada masalah selama ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kita nak pastikan negeri ini aman kita kena jaga semua pihak, maknanya hari ini saya hadir ke sini ini upacara masyarakat India, saya bukan masuk kepada upacara agama Hindu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu semasa tinjauan di kuil Batu Caves, Anwar berkata beliau mendapat taklimat daripada Pengerusi Kuil Batu Caves Tan Sri R. Nadarajah berhubung cadangan naik taraf Dewan Kuil Batu Caves serta usaha merancakkan lagi pelancongan di sekitar kuil berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu kita akan bantu dan diluluskan sedikit peruntukan tapi saya akan lihat segera supaya dewan ini dapat dijadikan dewan serba guna yang boleh digunakan oleh semua untuk penduduk India, tapi Tan Sri Nadarajah sebut dewan ini juga akan jadi dewan masyarakat jadi manfaat semua rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2014 BERNAMA- 7\/2\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jemaah Menteri hari ini memutuskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet pagi ini dan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7496,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-7495","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7495","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7495"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7495\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7497,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7495\/revisions\/7497"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7496"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7495"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7495"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7495"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}