{"id":7658,"date":"2025-02-14T07:33:06","date_gmt":"2025-02-13T23:33:06","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7658"},"modified":"2025-02-14T07:33:07","modified_gmt":"2025-02-13T23:33:07","slug":"gaza-bukan-untuk-dijual-liga-arab-tolak-rancangan-trump-singkir-rakyat-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7658","title":{"rendered":"&#8220;Gaza bukan untuk dijual,&#8221; Liga Arab tolak rancangan Trump singkir rakyat Palestin"},"content":{"rendered":"\n<p>Liga Arab menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa &#8220;Gaza bukan untuk dijual.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul-Gheit berkata Liga Arab sebagai institusi yang menghimpunkan semua negara Arab, menolak tegas sebarang usaha untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka dengan apa jua alasan,&#8221; katanya di Kaherah, Mesir, lapor Xinhua.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan penyelesaian dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Aboul-Gheit turut menegaskan bahawa isu Palestin merupakan &#8220;perjuangan utama bagi dunia Arab, baik rakyat mahupun kerajaan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua liga itu berkata sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin adalah satu ketidakadilan nyata terhadap hak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mengecam peningkatan serangan tentera Israel di Tebing Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mencadangkan pembangunan semula Gaza dan pemindahan populasinya ke negara jiran termasuk Jordan dan Mesir.<\/p>\n\n\n\n<p>Cadangan kontroversi itu telah ditolak di peringkat serantau dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kaherah dijadual menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini isu Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.<\/p>\n\n\n\n<p>Al-Azhar dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook berkata semua negara perlu memberi sokongan penuh terhadap pendirian Mesir dan negara-negara Arab lain dalam usaha membina semula Gaza dengan syarat rakyat Palestin kekal di tanah air mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDunia perlu menghormati hak rakyat Palestin untuk hidup di tanah air sendiri dan membentuk sebuah negara bernama Palestin yang merdeka\u201d, menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa sama, masyarakat dunia juga perlu memberi tekanan maksimum demi perlaksanaan perjanjian menghentikan pencerobohan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin di Gaza\u201d, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Institusi itu turut menyeru para pemimpin negara Arab dan masyarakat dunia menentang rancangan pemindahan yang sebenarnya bertujuan melemahkan perjuangan Palestin dan memaksa rakyatnya meninggalkan tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Al-Azhar berkata pengabaian masyarakat antarabangsa terhadap kezaliman yang menimpa rakyat Palestin akan membawa kepada ketidakstabilan dunia, dan ini akan menyebabkan penindasan kuasa besar yang berterusan terhadap golongan yang lemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia turut menggesa institusi-institusi agama di seluruh dunia berganding bahu dalam mempertahankan rakyat Palestin yang ditindas terus menerus di tanah air sendiri.-14\/2\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Liga Arab menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa &#8220;Gaza bukan untuk dijual.&#8221; Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul-Gheit berkata Liga Arab sebagai institusi yang menghimpunkan semua negara Arab, menolak tegas sebarang usaha untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka dengan apa jua alasan,&#8221; katanya di Kaherah, Mesir, lapor [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5909,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-7658","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7658","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7658"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7658\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7659,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7658\/revisions\/7659"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5909"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7658"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7658"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7658"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}