{"id":7849,"date":"2025-02-21T23:33:06","date_gmt":"2025-02-21T15:33:06","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7849"},"modified":"2025-02-21T23:33:11","modified_gmt":"2025-02-21T15:33:11","slug":"mcmc-perkasa-sumber-rujukan-chatbot-aifa-pastikan-jawapan-tepat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7849","title":{"rendered":"MCMC perkasa sumber rujukan Chatbot AIFA, pastikan jawapan tepat"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkaya sumber rujukan Chatbot Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) dengan data dan sumber baharu bagi memastikan ketepatan jawapan diberikan kepada pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>MCMC menerusi kenyataan kepada Bernama hari ini memaklumkan, pihaknya akan terus mengkaji pola isu yang ditanya oleh pengguna di Chatbot itu dari semasa ke semasa serta membina panduan kepada pengguna atau Soalan Lazim (FAQ) berkaitan fungsi dan peranan AIFA.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut MCMC, AIFA berperanan untuk memerangi maklumat palsu dan berfungsi sebagai platform membantu menyemak kesahihan berita dalam talian yang boleh diakses oleh rakyat 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu serta tersedia dalam empat bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, terdapat pengguna beranggapan AIFA berfungsi sebagai kecerdasan buatan (AI) umum seperti ChatGPT, DeepSeek dan sebagainya serta menyebabkan salah tanggap dengan peranan dan fungsi AIFA yang memfokuskan pada semakan dan pengesahan maklumat palsu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAIFA berfungsi memahami dan bertindak balas terhadap input pengguna secara dinamik dan memberi jawapan berdasarkan sumber sahih seperti Sebenarnya.my,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, MCMC memaklumkan sejak pelancaran Chatbot AIFA pada 28 Jan hingga 6 Feb lepas, jumlah terkumpul soalan ditanya oleh pengguna adalah sebanyak 53,302 mesej, dengan purata 5,330 mesej sehari.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat 6 Feb juga, suruhanjaya itu memaklumkan isu sering ditanya oleh pengguna antaranya melibatkan \u2018Produk Kopi Pejuang Mengandungi Racun Tadafil\u2019 menerusi segmen kesihatan dengan 25 peratus pertanyaan dan \u2018Israel Bakal jadikan Malaysia Destinasi Pengecualian Visa (segmen tadbir urus, 24 peratus).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, pertanyaan lain melibatkan soalan umum berkaitan peranan AIFA (umum, 17 peratus), Mpox merebak di Singapura (Kesihatan, 11 peratus), serta Gula-Gula Strawberry Quick (dadah) di sekolah (jenayah, 10 peratus),\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 28 Jan lepas, kerajaan melancarkan Chatbot AI dikenali AIFA, yang diterajui MCMC untuk memerangi maklumat palsu, selain berfungsi sebagai platform rakyat menyemak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2014 BERNAMA &#8211; 21\/2\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkaya sumber rujukan Chatbot Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) dengan data dan sumber baharu bagi memastikan ketepatan jawapan diberikan kepada pengguna. MCMC menerusi kenyataan kepada Bernama hari ini memaklumkan, pihaknya akan terus mengkaji pola isu yang ditanya oleh pengguna di Chatbot itu dari semasa ke semasa serta membina [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7850,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-7849","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7849","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7849"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7849\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7851,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7849\/revisions\/7851"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7850"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7849"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7849"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7849"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}