{"id":7996,"date":"2025-02-28T10:24:10","date_gmt":"2025-02-28T02:24:10","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=7996"},"modified":"2025-02-28T10:25:33","modified_gmt":"2025-02-28T02:25:33","slug":"ruu-pembaharuan-semula-bandar-pm-jamin-status-tanah-tidak-berubah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=7996","title":{"rendered":"RUU Pembaharuan Semula Bandar: PM jamin status tanah tidak berubah\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa RUU itu bakal menyebabkan hak dan tanah rizab Melayu dirampas adalah satu penipuan semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau tanah itu tanah rizab Melayu, maka ia kekal rizab Melayu, kalau tanah itu kerajaan negeri kekal (milik) kerajaan negeri, kalau tanah itu milik strata perseorangan (maka ia) kekal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah 2025 di Alor Setar pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar berkata beliau tidak akan membiarkan rakyat hidup dalam kediaman yang sempit dan usang, sebaliknya akan menggunakan kuasa yang ada untuk menyediakan rumah yang lebih selesa dengan kemudahan yang lebih baik untuk rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTengok di Kuala Lumpur, Flat Seri Perlis, dibuat pada tahun 60-an, dah hampir 50 tahun dan usang\u2026(hanya ada) satu bilik dan yang duduk di situ yang paling miskin. Saya Perdana Menteri, Menteri Kewangan, takkan nak biar macam tu? Nak bangunkan macam mana? Kenalah pinda undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyelar tindakan pembangkang yang didakwanya memainkan sentimen kaum sehingga boleh menyebabkan orang Melayu kekal miskin dan tidak berpeluang menikmati kehidupan lebih selesa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka kata mahu pertahankan hak orang Melayu dan bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran. Melayu mana? Mereka mahu orang Melayu di bandar terus miskin, papa kedana di situ?\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu bangunkan rumah yang lebih selesa, lengkap dengan tiga bilik dan dua bilik air. Itu kamu kata khianat? Saya tidak peduli, kalau mereka turun (protes), saya akan lawan,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita sudah ada pengalaman dalam pembangunan Flat Tun Razak, di mana hanya kerana seorang tidak bersetuju, keseluruhan proses terpaksa melalui mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPampasan yang diputuskan mahkamah pula lebih rendah berbanding nilai rumah yang disediakan,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Pemuda PAS dilaporkan merancang mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan kerajaan memperkenalkan RUU PSB yang didakwa boleh mengancam hak pemilik hartanah, terutamanya penduduk bandar yang kurang berkemampuan.<\/p>\n\n\n\n<p>RUU itu turut disifatkan sebagai satu bentuk \u201cpenjajahan moden\u201d yang boleh menyebabkan penduduk bandar diusir dari tanah mereka, seolah-olah strategi yang digunakan terhadap rakyat Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, kerajaan bercadang membentangkan RUU PSB pada Jun atau Julai tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu beliau meminta rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak benar tentang perkara itu sehingga mengadakan perhimpunan bagi membantah RUU berkenaan.-28\/2\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat. Anwar berkata dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa RUU itu bakal menyebabkan hak dan tanah rizab Melayu dirampas adalah satu penipuan semata-mata. \u201cKalau tanah itu tanah rizab [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7998,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-7996","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7996","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7996"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7996\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7997,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7996\/revisions\/7997"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7998"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7996"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7996"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7996"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}