{"id":8005,"date":"2025-02-28T15:44:49","date_gmt":"2025-02-28T07:44:49","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8005"},"modified":"2025-02-28T15:45:13","modified_gmt":"2025-02-28T07:45:13","slug":"kementerian-komunikasi-pandang-serius-kewujudan-akaun-palsu-dengan-agenda-tertentu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8005","title":{"rendered":"Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu dengan agenda tertentu"},"content":{"rendered":"\n<p>Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata meskipun tindakan awal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan pautan URL kepada penyedia platform media sosial META untuk tindakan menurunkan akaun palsu berkenaan namun belum mampu mengekang kewujudan akaun palsu yang turut melibatkan tokoh terkenal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni satu cabaran yang sangat besar, kementerian dan MCMC mengambil sangat serius terhadap \u2018fake account\u2019 yang telah diwujudkan dengan agenda tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita nampak bahawa trend ini sangat tak sihat kerana sekarang bukan sahaja Yang di-Pertuan Agong sahaja terkena tetapi juga melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,\u201c katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Future Health 4 All di Dewan Raya Putra Kulai pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Teo berkata pihaknya kecewa platform media sosial seperti META tidak mengambil langkah tegas bagi mengekang kewujudan akaun palsu yang menggunakan imej tokoh terkenal untuk menarik masyarakat menyertai sindiket penipuan dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Bernama melaporkan Ahli Parlimen Kulai itu berharap penambahbaikan dapat dilakukan oleh penyedia platform seperti META, susulan pertemuan yang dilakukan antara MCMC dan META.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebenarnya ada buat pertemuan dengan META minggu ini ataupun minggu lepas, jadi kami harap dari META boleh buat saringan dengan iklan-iklan berkenaan dengan lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c \u2026 kerana mereka memang menjadi secara tidak langsung memberi kebenaran kepada scammer (penipu) yang buat kandungan palsu untuk \u2018scam\u2019 warga Malaysia dan itu yang kami tak boleh terima,\u201c katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Teo menggesa rakyat negara ini menggunakan AIFA atau \u2018Artificial Intelligence Fact-check Assistant\u2019 yang diterajui MCMC untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata aplikasi itu, antara pendekatan MCMC untuk membina dan mencorakkan pemikiran masyarakat supaya menyemak setiap berita atau fakta yang diterima, terutamanya di platform dalam talian sekali gus mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201clni adalah untuk satu platform ataupun satu chat box untuk orang buat pengesahan tentang sesuatu maklumat yang mereka terima.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTujuan kita adalah untuk mendidik masyarakat supaya mereka pandai buat semakan terhadap sesuatu maklumat, sebagai contoh maklumat palsu yang mendakwa Kerajaan MADANI ada usaha untuk mendidik warga B40 di Malaysia melabur mata wang bitcoin atau crypto jadi, boleh tanya dalam AIFA semakan maklumat ini betul atau tidak,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, media melaporkan AIFA yang diperkenalkan oleh MCMC menerima sebanyak 57,782 pertanyaan sejak dilancarkan pada 28 Jan lepas.-28\/2\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Beliau berkata meskipun tindakan awal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan pautan URL kepada penyedia platform media sosial META untuk tindakan menurunkan akaun palsu berkenaan namun belum mampu mengekang kewujudan akaun [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8006,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-8005","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8005","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8005"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8005\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8008,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8005\/revisions\/8008"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8006"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8005"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8005"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8005"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}