{"id":8076,"date":"2025-03-04T07:07:22","date_gmt":"2025-03-03T23:07:22","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8076"},"modified":"2025-03-04T07:07:24","modified_gmt":"2025-03-03T23:07:24","slug":"ruu-perkhidmatan-parlimen-dibentangkan-hari-ini-perlu-2-3-untuk-lulus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8076","title":{"rendered":"RUU Perkhidmatan Parlimen dibentangkan hari ini, perlu 2\/3 untuk lulus\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini adalah langkah penting dalam usaha memperkukuh demokrasi dengan memastikan kebebasan badan perundangan daripada perkhidmatan awam yang lebih luas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia melibatkan pembaharuan perlembagaan mengenai pengasingan pentadbiran, pengurusan, serta kuasa Parlimen, dan memerlukan perbincangan meluas dengan pegawai Parlimen, Speaker dan Ahli Parlimen, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>RUU itu, yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, akan memperkasa Parlimen sebagai mercu tanda kebebasan bersuara para Ahli Parlimen, yang tidak boleh terlalu terikat dengan proses perkhidmatan awam secara menyeluruh, maka \u201cdibebaskan\u201d, ujar Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu saya kata, ada juga kebijaksanaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila ada kuasa, itu dimanfaatkan untuk melaksanakan program dan ini antara program yang agak penting kerana ia sekali lagi menunjukkan keupayaan kita memperbaiki sistem pentadbiran demokrasi di negara kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas selanjutnya mengenai agenda reformasi institusi yang dilaksanakan kerajaan, Datuk Anwar berkata RUU Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam, yang dijangka dibahaskan pada minggu ini juga, membolehkan proses penilaian perkhidmatan awam dilakukan dengan lebih jelas.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"900\" height=\"538\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dewan-rakyat2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2197\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dewan-rakyat2.jpg 900w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dewan-rakyat2-300x179.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dewan-rakyat2-768x459.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dewan-rakyat2-150x90.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dewan-rakyat2-696x416.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau turut meminta pengurusan tertinggi kementerian memaklumkan keputusan berhubung urusan pentadbiran kerajaan kepada kakitangan awam pada semua peringkat, dan bukan terhad berkaitan sesebuah kementerian saja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang saya tegur minggu lalu dalam pasca-Kabinet, kadang-kadang keputusan ini tidak sampai ke bawah, jadi di bawah itu ada keresahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan kita dalam Jemaah Menteri itu patut disampaikan, bukan saja dalam mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan Menteri bahkan juga yang dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Jabatan, tidak terikat kepada urusan jabatan mereka saja kerana ia terkait soal penilaian, proses kerja dan prosedur operasi standard (SOP) setiap penjawat awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika tidak, ada ketidakhubungan dengan apa yang dilakukan di atas tidak sampai ke akar umbi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Anwar berkata keberkesanan perkhidmatan awam bukan bergantung pada akta sahaja, malah kesungguhan dan tekad dalam melaksanakannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Kementerian Kewangan, katanya, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 diperkenalkan, yang memerlukan komitmen kerajaan dalam soal pengurangan defisit dan belanjawan, yang mesti dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika tidak dilaksanakan, ia harus dibentang semula untuk dibahaskan, dibantah oleh Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, tidak semua negara mahu berbuat begitu. Ia memerlukan tekad dan politik jika betul-betul punyai iltizam untuk melakukan reformasi,\u201d katanya.-4\/3\/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini adalah langkah penting dalam usaha memperkukuh demokrasi dengan memastikan kebebasan badan perundangan daripada perkhidmatan awam yang lebih luas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia melibatkan pembaharuan perlembagaan mengenai pengasingan pentadbiran, pengurusan, serta kuasa Parlimen, dan memerlukan perbincangan meluas dengan pegawai [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4509,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-8076","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8076","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8076"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8076\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8077,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8076\/revisions\/8077"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4509"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8076"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8076"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8076"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}