{"id":8100,"date":"2025-03-04T14:39:59","date_gmt":"2025-03-04T06:39:59","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8100"},"modified":"2025-03-04T14:40:28","modified_gmt":"2025-03-04T06:40:28","slug":"66000-perniagaan-di-platform-e-dagang-tidak-bayar-cukai-ldhn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8100","title":{"rendered":"66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak bayar cukai &#8211; Lembaga Hasil"},"content":{"rendered":"\n<p>Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan perkara itu dikenal pasti melalui maklumat pengemukaan e-invois yang diterima LHDN meliputi maklumat individu dan syarikat yang menjalankan perniagaan melalui platform e-dagang sejak 1 Ogos 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemakan juga mendapati tiada rekod pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejumlah empat juta e-invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan tersebut,\u201d demikian menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, LHDN menyarankan peniagaan terlibat untuk sentiasa mengemas kini rekod cukai mereka dan memastikan pematuhan sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil oleh pihaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan pelaksanaan e-invois, LHDN memantau secara aktif data pembayar cukai yang telah disahkan dalam sistem MyInvois untuk memastikan pematuhan cukai secara sukarela dan berterusan selaras dengan prinsip keadilan dalam sistem percukaian negara,\u201d menurut LHDN.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga 3 Mac, LHDN memaklumkan sekitar 196 juta e-invois telah dikeluarkan secara keseluruhan meliputi pembayar cukai fasa pertama, kedua serta pembayar cukai fasa ketiga secara sukarela.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni menunjukkan tahap penerimaan yang baik oleh pembayar cukai dalam mematuhi pelaksanaan e-invois.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLHDN juga ingin memaklumkan tempoh kelonggaran pembayar cukai fasa pertama telah tamat pada 31 Jan 2025 dan mereka ini perlu melaksanakan e-invois sepenuhnya mengikut garis panduan e-invois bermula 1 Februari 2025,\u201d menurut kenyataan itu.-4\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan perkara itu dikenal pasti melalui maklumat pengemukaan e-invois yang diterima LHDN meliputi maklumat individu dan syarikat yang menjalankan perniagaan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8101,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-8100","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8100","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8100"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8100\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8103,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8100\/revisions\/8103"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8101"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8100"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8100"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8100"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}