{"id":8201,"date":"2025-03-06T21:55:34","date_gmt":"2025-03-06T13:55:34","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8201"},"modified":"2025-03-06T21:55:39","modified_gmt":"2025-03-06T13:55:39","slug":"pm-sedar-ada-usaha-tanam-persepsi-kerajaan-dwi-standard-ambil-tindakan-isu-hina-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8201","title":{"rendered":"PM sedar ada usaha tanam persepsi kerajaan dwi-standard ambil tindakan isu hina agama"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar bahawa wujud usaha jahat sesetengah pihak yang berkepentingan yang cuba menanam persepsi konon kerajaan bersikap dwi-standard dalam mengambil tindakan terhadap perbuatan menghina agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Serentak itu beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menggunakan kesempatan untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman serta menanam bibit kebencian.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada Khamis , Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah kata tuduhan dan persepsi kononnya Kerajaan MADANI mengambil sikap berdiam apabila agama Islam dihina disifatkan sebagai fitnah dan tidak berasas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni tuduhan liar yang tidak ada asas sama sekali,&#8221;katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menafikan dakwaan berkenaan beliau memberi contoh mengenai tindakan yang telah diambil dalam kes berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebagai contoh, apabila kalimah Allah dipersenda melalui penjualan stoking, syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeorang lelaki persenda perkataan \u2018Allah\u2019 didenda RM12,000 dan dipenjara enam bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, peniaga jagung bakar yang meletakkan notis perkauman didenda RM400 manakala pelawak, Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tunku Nashrul berkata, kesemua kes yang disenaraikannya itu jelas membuktikan bahawa ia telah disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan, tindakan tersebut adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUsah biarkan hal-hal remeh merobohkan kekuatan dan keunikan kita tatkala negara sedang berkembang dan berada pada trajektori yang baik,\u201d katanya.- 6\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar bahawa wujud usaha jahat sesetengah pihak yang berkepentingan yang cuba menanam persepsi konon kerajaan bersikap dwi-standard dalam mengambil tindakan terhadap perbuatan menghina agama. Serentak itu beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menggunakan kesempatan untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman serta menanam bibit kebencian. Bercakap dalam Taklimat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8202,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-8201","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8201","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8201"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8201\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8203,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8201\/revisions\/8203"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8202"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8201"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8201"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8201"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}