{"id":8269,"date":"2025-03-10T12:28:04","date_gmt":"2025-03-10T04:28:04","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8269"},"modified":"2025-03-11T10:17:31","modified_gmt":"2025-03-11T02:17:31","slug":"golongan-maha-kaya-bayar-cukai-kerana-lhdn-dapat-dokungan-pemimpin-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8269","title":{"rendered":"Golongan maha kaya bayar cukai kerana LHDN dapat dokungan pemimpin negara"},"content":{"rendered":"\n<p>Sokongan daripada pemimpin negara kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyebabkan golongan maha kaya dan yang bergelar membayar cukai mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni mungkin julung-julung kali berlaku di mana tokoh-tokoh korporat utama memenuhi tanggungjawab mereka membayar hasil sehingga tiada mana-mana pihak merayu kepada saya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai Perdana Menteri, saya telah memberikan sokongan padu kepada usaha LHDN, dan tiada seorang pun daripada mereka yang merayu secara langsung kepada saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni menunjukkan tahap integriti LHDN yang tinggi,\u201d katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Hasil ke-29 di Cyberjaya pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejumlah RM184.805 bilion hasil cukai berjaya dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, RM183.3 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Anwar peningkatan kutipan hasil negara sebanyak RM1.465 bilion itu menyaksikan kecekapan LHDN untuk memastikan setiap warganegara memenuhi tanggungjawab membayar cukai tanpa terkecuali.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8297\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-150x100.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-696x464.jpg 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1-1920x1281.jpg 1920w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/anwar-hasil-1.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Anwar berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana sudah menjadi kebiasaan bagi tokoh korporat sebegitu mencari bantuan daripada pihak atasan untuk mengurangkan tekanan daripada LHDN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiasanya penguat kuasa LHDN yang menjalankan tugas tidak akan berani bertindak sekiranya tidak mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai contoh, mereka yang bergelar Tun dan Tan Sri, mereka akan menghubungi pihak atasan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak pernah sekali pun memberitahu ketua pegawai eksekutif LDHN supaya tidak terlalu memberi tekanan kepada mereka atau bersikap selektif ketika menjalankan tugas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, ketua pegawai eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata penguatkuasaan yang lebih baik dan lebih tertumpu ke atas industri tertentu pada 2024 telah menyebabkan LHDN menjalankan audit dan siasatan melibatkan 70,702 kes.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini telah menyebabkan peningkatan dalam taksiran cukai hampir RM5.5 bilion,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, dalam perkembangan lain Anwar berkata ruang untuk perbincangan antara kerajaan dan pembangkang mengenai isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sentiasa terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya sebarang isu berbangkit turut boleh diutarakan menerusi mesyuarat, dan draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang juga boleh dipinda jika perlu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuaratlah dahulu, draf boleh dipinda. Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dulu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, yang mendakwa parti itu mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin mendakwa syarat yang ditetapkan dalam MoU berkenaan adalah luar biasa dan ketat seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.-10\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sokongan daripada pemimpin negara kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyebabkan golongan maha kaya dan yang bergelar membayar cukai mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. \u201cIni mungkin julung-julung kali berlaku di mana tokoh-tokoh korporat utama memenuhi tanggungjawab mereka membayar hasil sehingga tiada mana-mana pihak merayu kepada saya,&#8221; katanya. \u201cSebagai Perdana Menteri, saya telah memberikan sokongan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8291,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-8269","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8269","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8269"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8269\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8298,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8269\/revisions\/8298"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8291"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8269"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8269"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8269"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}