{"id":8305,"date":"2025-03-11T10:47:18","date_gmt":"2025-03-11T02:47:18","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8305"},"modified":"2025-03-11T10:47:19","modified_gmt":"2025-03-11T02:47:19","slug":"phuket-destinasi-pelancongan-utama-thailand-2024","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8305","title":{"rendered":"Phuket destinasi pelancongan utama Thailand 2024"},"content":{"rendered":"\n<p>Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).<\/p>\n\n\n\n<p>Ini diikuti oleh Chonburi dengan lebih 310 bilion baht dan Surat Thani dengan lebih 110 billion baht, kata Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi Kerajaan Diraja Thailand pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata statistik oleh Jabatan Pelancongan itu menunjukkan potensi setiap wilayah untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Data itu juga berfungsi sebagai alat berharga untuk merancang aktiviti yang mampu menarik lebih ramai pelawat sambil menawarkan peluang kepada wilayah untuk meningkatkan dan menaik taraf tarikan serta perkhidmatan pelancongan mereka bagi memenuhi permintaan pelawat dengan lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pendapatan pelancongan dari wilayah-wilayah ini jelas menunjukkan bahawa industri pelancongan kekal sebagai tunjang ekonomi Thailand, terutamanya di wilayah dengan tarikan semula jadi dan budaya yang menakjubkan serta mampu memikat pelancong dari seluruh dunia.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"591\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/phuket-1024x591.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-8307\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/phuket-1024x591.webp 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/phuket-300x173.webp 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/phuket-768x443.webp 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/phuket-150x87.webp 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/phuket-696x402.webp 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/phuket-1068x616.webp 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/phuket.webp 1170w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sasikan turut menyatakan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra sedang giat merangsang semua sektor ekonomi, khususnya memberi tumpuan kepada peningkatan jumlah pelancong dan perbelanjaan per kapita mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan komited menjadikan 2025 sebagai &#8216;Tahun Keemasan Pelancongan Thailand&#8217; dengan memastikan perjalanan sepanjang tahun tanpa musim rendah serta mengagihkan pendapatan ke bandar utama dan sekunder. Pendekatan ini mewujudkan peluang ekonomi untuk semua sektor,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sasikan seterusnya menyatakan bahawa kerajaan sedang meningkatkan standard pelancongan Thailand menerusi inisiatif seperti \u201cDepartment of Tourism Standard Homestay Project\u201d yang melibatkan lebih 226 inap desa yang diperakui di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Projek ini bertujuan untuk memastikan kualiti dan keselamatan, menarik pelancong berkualiti tinggi dan meningkatkan perbelanjaan per kapita secara mampan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Thailand menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 38 juta pelancong antarabangsa tahun ini. Pada 2024, negara itu menerima lebih 35.5 juta pelawat, menjana 1.67 trilion baht dalam pendapatan pelancongan.-11\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08). Ini diikuti oleh Chonburi dengan lebih 310 bilion baht dan Surat Thani dengan lebih 110 billion baht, kata Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi Kerajaan Diraja [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8306,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-8305","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8305","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8305"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8305\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8308,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8305\/revisions\/8308"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8306"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8305"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8305"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8305"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}