{"id":8333,"date":"2025-03-12T14:20:35","date_gmt":"2025-03-12T06:20:35","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8333"},"modified":"2025-03-12T14:20:37","modified_gmt":"2025-03-12T06:20:37","slug":"awas-video-pelaburan-deepfake-guna-imej-pm-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8333","title":{"rendered":"Awas video pelaburan deepfake guna imej PM Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ditular di media sosial sejak 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata semua video berkenaan dikesan memaparkan ahli politik dan wakil syarikat ternama dengan video terbaru memaparkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramli berkata turut dipaparkan dalam video yang disebarkan menerusi media sosial berkenaan antaranya pengurusan tertinggi syarikat Petronas; Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk; dan Ahli Parlimen Seputeh (Kuala Lumpur), Teresa Kok.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cVideo yang dikesan itu antaranya memaparkan individu terkenal terbabit, mengajak orang ramai menyertai skim pelaburan yang kononnya mendapat sokongan kerajaan Malaysia dan menawarkan keuntungan sehingga 100 kali ganda kepada pelabur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka mempromosikan (video itu menerusi) platform berlainan, namun dipercayai ia dihasilkan oleh sindiket sama bagi mengelirukan mangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa video AI deepfake penipuan pelaburan biasanya memaparkan tokoh awam atau syarikat tertentu untuk memberi kredibiliti kepada kandungan video mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu memaklumkan video berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi AI dengan memanipulasi karakter individu tertentu sehingga suara dan pergerakan bibir yang dipaparkan kelihatan seolah-oleh tulen.<\/p>\n\n\n\n<p>Hantaran video itu biasanya mempunyai pautan \u2018ketahui lebih lanjut\u2019 yang membawa mangsa ke halaman pendaftaran bagi mengumpulkan maklumat peribadi mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang ramai yang tidak peka dan terus mengakses pautan itu akan diminta memuat turun aplikasi, di mana ia mendedahkan mereka kepada risiko jenayah siber.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetelah mendaftar, bakal mangsa akan dihubungi ejen dengan meminta mereka memindahkan wang atau memberikan butiran peribadi selanjutnya,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu lagi, SC dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap video deepfake yang mempromosikan pelaburan palsu, termasuk menurunkannya dari internet untuk menghalang akses kepada orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKesedaran masyarakat tentang bahaya video deepfake adalah amat penting dan pengguna internet disarankan untuk menyemak sumber maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkan sesuatu kandungan,\u201d kata kenyataan itu.-12\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ditular di media sosial sejak 2024. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata semua video berkenaan dikesan memaparkan ahli politik dan wakil syarikat ternama dengan video terbaru memaparkan Presiden Amerika Syarikat, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8334,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-8333","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8333","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8333"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8333\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8335,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8333\/revisions\/8335"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8334"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8333"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8333"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8333"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}