{"id":8344,"date":"2025-03-12T17:00:27","date_gmt":"2025-03-12T09:00:27","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8344"},"modified":"2025-03-12T17:00:28","modified_gmt":"2025-03-12T09:00:28","slug":"ketua-polis-dakwa-isu-3r-boleh-diperalatkan-untuk-musnahkan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8344","title":{"rendered":"Ketua Polis dakwa isu 3R boleh diperalatkan untuk musnahkan negara\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Isu 3R iaitu raja, agama dan kaum boleh diumpamakan sebagai \u2018strategi perang baharu\u2019 yang boleh memusnahkan negara dengan hanya melalui hujung jari.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata isu 3R yang mempunyai niat jahat jelas boleh diperalatkan untuk menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIsu sebegini boleh menggugat keamanan negara, ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan keharmonian antara kaum di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi mengelak perkara seumpama itu tidak berlaku, orang ramai perlulah bersikap lebih matang serta tidak terlalu mengikut emosi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Razarudin berkata, masyarakat wajar menapis semua maklumat, berita atau video yang dikongsikan di media sosial serta tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang belum sahih.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cElak menulis status, komen, ciapan, siaran gambar, poster atau video yang dibuat tanpa memahami faktor sosial budaya dan sensitiviti kaum kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak senang, terhina atau tersinggung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKonsep 3R iaitu \u2018Research\u2019 (penyelidikan), \u2018Responsibility\u2019 (bertanggungjawab) dan \u2018Report\u2019 (lapor) wajar menjadi teras dan perlu sentiasa dibudayakan sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beliau berkata, sikap saling hormat-menghormati dan sayangkan keamanan perlu disematkan serta jangan mudah terpengaruh agenda pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menjalankan siasatan ke atas 31 kes membabitkan isu 3R sepanjang tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, daripada angka keseluruhan kes direkodkan itu, 17 daripadanya adalah kes 3R yang membabitkan institusi diraja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelebihnya 12 kes berkaitan dengan isu agama, manakala dua lagi kes berkaitan isu perkauman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeseluruhan 31 kes 3R disiasat PDRM pada tahun ini dan setakat ini, belum ada pertuduhan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) membabitkan mana-mana kes berkenaan,\u201d katanya.-12\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu 3R iaitu raja, agama dan kaum boleh diumpamakan sebagai \u2018strategi perang baharu\u2019 yang boleh memusnahkan negara dengan hanya melalui hujung jari. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata isu 3R yang mempunyai niat jahat jelas boleh diperalatkan untuk menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat. \u201cIsu sebegini boleh menggugat keamanan negara, ketenteraman awam, kesejahteraan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5280,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-8344","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8344","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8344"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8344\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8345,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8344\/revisions\/8345"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8344"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8344"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8344"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}