{"id":8440,"date":"2025-03-16T21:10:54","date_gmt":"2025-03-16T13:10:54","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8440"},"modified":"2025-03-17T21:06:55","modified_gmt":"2025-03-17T13:06:55","slug":"pengaruh-dinasti-kit-siang-merosot-teruk-dalam-dapguan-eng-nyawa-ikan-dapat-nombor-26-dalam-pemilihan-30-orang-anggota-cecadiknya-hui-ying-tewas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8440","title":{"rendered":"Pengaruh dinasti Kit Siang merosot teruk dalam DAP\u2026Guan Eng &#8216;nyawa ikan&#8217; dalam pemilihan anggota CEC\u2026adiknya Hui Ying tewas"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pemilihan 30 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Ahad menyaksikan Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng dapat 1,719 undi nombor 26 manakala adiknya Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dapat 1,573 tersingkir dikedudukan 31.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada pemilihan Mac 2022 lalu Guan Eng yang merupakan bekas Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang dapat nombor lapan dan Hui Ying 15.<\/p>\n\n\n\n<p>Undi terbanyak kali ini 2,785 diperolehi Menteri Digital, Gobind Singh Deo.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang nombor satu DAP yakni Setiausaha Agung yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke dapat nombor lima dengan 2,508.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua calon Melayu terpilih anggota CEC yakni Ahli Parlimen Bangi Syahreedzan Johan dapat 2,065 undi nombor 20 dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman 1943 undi di nombor 21.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan pemilihan dua anaknya ini dikatakan satu pukulan hebat bagi dinasti Tan Sri Lim Kit Siang yang kini sudah tidak aktif dalam DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah ramalan kuat sebelum ini mengatakan Guan Eng kemungkinan besar tersingkir dalam pemilihan CEC kali ini.<br><br>Ini dikatakan mendorong usaha untuk memujuknya tarik diri dari pemilihan CEC itu bagi mengelak kemungkinan &#8216;malu besar&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan beliau memperoleh sebanyak 1,719 undi dengan kedudukan nombor 26 dikira sudah &#8216;nyawa ikan&#8217; dan bukan level beliau sebagai bekas orang kuat DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Hui Ying yang tewas sebelum ini dikatakan hendak ditonjolkan sebagai bakal Ketua Menteri Pulau Pinang gantikan Ketua Menteri sekarang Chow Kon Yeow.<\/p>\n\n\n\n<p>Perang dingin antara mereka dengan Kon Yeow dan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baru yakni Menteri Sumber Manusia Steven Sim sudah menjadi rahsia umum.<\/p>\n\n\n\n<p>Steven Sim kini disebut sebut bakal ganti Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p>Guan Eng yang baru berusia 64 tahun dikatakan telah berusaha keras untuk meraih kembali pengaruhnya dalam DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Dulunya semasa menjadi Setiausaha Agung DAP selama tiga penggal beliau digelar sebagai &#8216;tokong&#8217; kerana cukup berpengaruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu lagi setback yang dihadapi oleh Guan Eng ialah beliau sedang berdepan dengan kes rasuah terowong bawah laut Pulau Pinang di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada pemerhati yang bawa mulut kata beliau memerlukan kekuatan politik untuk harungi badai kes itu.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu dalam pemilihan menerusi konsensus antara kalangan 30 ahli CEC yang terpilih kedudukan Guan Eng sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan diganti oleh Gobind Singh Deo.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Guan Eng hanya diberi jawatan Penasihat Kebangsaan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan itu dikatakan tidak ada impak dan pengaruh politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Anthony Loke telah dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP yakni jawatan nombor satu paling berkuasa dalam DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga timbalannya ialah Steven Sim, Hannah Yeoh, dan Ramkarpal Singh.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu lima Naib Pengerusi Kebangsaan dilantik iaitu Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Ng Suee Lim, Syahredzan Johan dan J Arul Kumar.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>BERIKUT IALAH KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN 30 ORANG ANGGOTA CEC<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Gobind Singh Deo- 2,785<\/p>\n\n\n\n<p>Chong Chieng Jen- 2,631<\/p>\n\n\n\n<p>Teo Nie Ching &#8211; 2,585<\/p>\n\n\n\n<p>Ng Suee Lim -2,563<\/p>\n\n\n\n<p>Loke Siew Fook (Anthony) &#8211; 2,508<\/p>\n\n\n\n<p>Yeo Bee Yin &#8211; 2,503<\/p>\n\n\n\n<p>Ng Sze Han &#8211; 2,437<\/p>\n\n\n\n<p>Khoo Poay Tiong &#8211; 2,390<\/p>\n\n\n\n<p>Chan Foong Hin &#8211; 2,362<\/p>\n\n\n\n<p>Wong Kah Woh &#8211; 2,265<\/p>\n\n\n\n<p>Sim Chee Keong (Steven) &#8211; 2,262<\/p>\n\n\n\n<p>Vivian Wong Shir Yee &#8211; 2,244<\/p>\n\n\n\n<p>Nga Kor Ming &#8211; 2,215<\/p>\n\n\n\n<p>Lee Chin Chen &#8211; 2,172<\/p>\n\n\n\n<p>Yeoh Tseow Suan (Hannah Yeoh) &#8211; 2,169<\/p>\n\n\n\n<p>Alice Lau Kiong Yieng &#8211; 2,165<\/p>\n\n\n\n<p>Liow Cai Tung &#8211; 2,139<\/p>\n\n\n\n<p>Teo Kok Seong &#8211; 2,107<\/p>\n\n\n\n<p>Chow Kon Yeow &#8211; 2,101<\/p>\n\n\n\n<p>Syahredzan Bin Johan &#8211; 2,065<\/p>\n\n\n\n<p>Young Syefura Binti Othman &#8211; 1,943<\/p>\n\n\n\n<p>Liew Chin Tong &#8211; 1,929<\/p>\n\n\n\n<p>Ramkarpal Singh A\/L Karpal Singh &#8211; 1,917<\/p>\n\n\n\n<p>Arul Kumar A\/L Jambunathan &#8211; 1,747<\/p>\n\n\n\n<p>Kasthuriraani A\/P Patto &#8211; 1,722<\/p>\n\n\n\n<p>Lim Guan Eng &#8211; 1,719<\/p>\n\n\n\n<p>Lee Chuan How (Howard) &#8211; 1,703<\/p>\n\n\n\n<p>Wong Shu Qi &#8211; 1,655<\/p>\n\n\n\n<p>Tan Hong Pin &#8211; 1,585<\/p>\n\n\n\n<p>Ngeh Koo Ham &#8211; 1,584<\/p>\n\n\n\n<p><strong>OLEH HIEKAL ROSLI   <\/strong>   16\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemilihan 30 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Ahad menyaksikan Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng dapat 1,719 undi nombor 26 manakala adiknya Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dapat 1,573 tersingkir dikedudukan 31. Pada pemilihan Mac 2022 lalu Guan Eng yang merupakan bekas Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang dapat nombor [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8441,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-8440","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8440","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8440"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8440\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8477,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8440\/revisions\/8477"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8441"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8440"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8440"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8440"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}