{"id":8469,"date":"2025-03-17T19:02:30","date_gmt":"2025-03-17T11:02:30","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8469"},"modified":"2025-03-17T19:02:31","modified_gmt":"2025-03-17T11:02:31","slug":"bukan-perkara-baharu-had-jawatan-pm-10-tahun-seiring-kerangka-reformasi-pm-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8469","title":{"rendered":"Bukan perkara baharu\u2026 Had jawatan PM 10 tahun seiring kerangka reformasi &#8211; PM Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun, adalah seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan beliau dalam gagasan \u2018Membangun Negara MADANI\u2019 dan ia bukan perkara baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata langkah tersebut, bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem lebih teratur dan mengelak berlakunya pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah beliau berkata terdapat beberapa negara yang telah melaksanakan pendekatan itu seperti negara jiran, Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain daripada itu, langkah mengehadkan tempoh keperdanamenterian seseorang pemimpin juga mengambil kira landskap geopolitik hari ini dan masa depan yang memerlukan iltizam semua pihak memberi ruang kepada nafas-nafas baharu dan barisan pelapis kepimpinan negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"696\" height=\"392\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/taklimat6mac.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8202\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/taklimat6mac.jpg 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/taklimat6mac-300x169.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/taklimat6mac-150x84.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 696px) 100vw, 696px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri turut mengingatkan segelintir pihak daripada blok pembangkang agar tidak menjadikan niat murni itu sebagai bahan politik perkauman sempit dan dangkal.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata roh dan sifat jawatan perdana menteri itu sudah terang lagikan bersuluh seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tunku Nashrul berkata cadangan mengehadkan tempoh jawatan itu tidak bercanggah dengan prinsip asas tersebut, malah ia langkah penting dalam menjamin kematangan demokrasi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, Anwar meminta mana-mana Ahli Parlimen yang mempersoalkan perkara berkenaan supaya membaca sebelum mengkritik secara semberono.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBaca dan hadam buku tulisan Anwar Ibrahim yakni \u2018Membangun Negara Madani\u2019. Sila rujuk muka surat 181, di bawah tajuk Dasar Keutamaan Untuk Malaysia Yang Lebih Baik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tunku Nashrul berkata justeru, Perdana Menteri menyarankan agar ia dibahaskan dengan sihat dan penuh rasa tanggungjawab serta memandang kepada cabaran masa hadapan, selain menjemput semua pihak untuk memberikan input ke arah sebuah sistem yang telus dan adil.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam taklimat hari ini juga Tunku Nashrul memaklumkan perkara berkaitan lawatan Anwar ke negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan pada minggu lepas, yang menerusi lawatan itu Perdana Menteri sekali lagi meminta kerjasama berterusan dan sinergi baharu antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Perdana Menteri percaya siri pertemuan dan perbincangan antara kedua-dua pihak penting bagi mengemas kini serta menambah baik perkhidmatan buat rakyat keseluruhannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang menjadi tumpuan dan fokus ialah soal kebajikan rakyat iaitu dari segi infrastruktur, pendidikan, kesihatan, projek tebatan banjir dan jalan raya, selain beberapa isu lain yang akan terus dipantau agensi terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tunku Nashrul turut memaklumkan lawatan Anwar seterusnya pada minggu ini ialah ke Pulau Pinang, Terengganu dan Sabah.-17\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun, adalah seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan beliau dalam gagasan \u2018Membangun Negara MADANI\u2019 dan ia bukan perkara baharu. Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata langkah tersebut, bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8470,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-8469","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8469","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8469"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8469\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8471,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8469\/revisions\/8471"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8470"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8469"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8469"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8469"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}