{"id":8516,"date":"2025-03-19T17:08:46","date_gmt":"2025-03-19T09:08:46","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8516"},"modified":"2025-03-19T17:09:08","modified_gmt":"2025-03-19T09:09:08","slug":"ramli-ngah-talib-calon-tyt-pulau-pinang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8516","title":{"rendered":"Ramli Ngah Talib calon TYT Pulau Pinang?"},"content":{"rendered":"\n<p>Bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib disebut-sebut sebagai antara yang dicalonkan sebagai TYT atau Yang Dipertua Negeri baharu Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramli, 84, dilahirkan di Pasir Salak, dilantik sebagai Menteri Besar dari 1982-1999, menjadikan beliau sebagai Menteri Besar yang paling lama berkhidmat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat dari 2004 hingga 2008.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah itu juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 2000 hingga 2004.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri sudah mengemukakan senarai nama calon TYT kepada Pejabat Perdana Menteri bagi pertimbangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya senarai nama calon itu dikemukakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita tahu bahawa Yang Dipertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk satu penggal empat tahun dan penggal ini akan tamat pada 30 April 2025. Kalau dilanjutkan, ia juga perlu melalui proses lantikan atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau tidak dilanjutkan maka perlu satu pelantikan baharu tertakluk kepada Perlembagaan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya minta kita semua sabar kerana ini adalah budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan pada masa sesuai apa-apa pengumuman akan dibuat berhubung perkara ini,&#8221; katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, pengumuman TYT baharu Pulau Pinang akan dilakukan selepas sambutan hari raya Aidilfitri.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, beberapa ahli politik kini memegang jawatan TYT termasukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tun Ali Rustam, kini memegang jawatan Yang Di-Pertua Negeri Melaka, menggantikan bekas Menteri Besar Pahang dan Menteri Penerangan, Tun Mohd Khalil Yaakob.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Wan Jaafar juga pernah memegang beberapa jawatan menteri sebelum dilantik sebagai Speaker Dewan Negara.-19\/3\/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib disebut-sebut sebagai antara yang dicalonkan sebagai TYT atau Yang Dipertua Negeri baharu Pulau Pinang. Ramli, 84, dilahirkan di Pasir Salak, dilantik sebagai Menteri Besar dari 1982-1999, menjadikan beliau sebagai Menteri Besar yang paling lama berkhidmat. Beliau pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat dari 2004 hingga 2008. Sebelum [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8517,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-8516","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8516","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8516"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8516\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8519,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8516\/revisions\/8519"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8517"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8516"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8516"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8516"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}