{"id":8568,"date":"2025-03-21T15:58:25","date_gmt":"2025-03-21T07:58:25","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8568"},"modified":"2025-03-21T16:03:58","modified_gmt":"2025-03-21T08:03:58","slug":"terima-kasih-pmx-lulus-bonus-raya-untuk-penjawat-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8568","title":{"rendered":"Terima kasih PMX\u2026 lulus bonus raya untuk penjawat awam"},"content":{"rendered":"\n<p>Berita gembira untuk semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang akan menerima bonus raya Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan berita baik itu berkata semua bayaran akan dibuat minggu hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata BKK Aidilfitri sebanyak RM250 pula akan dibayar kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maka saya putuskan, Insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan kepada Gred 56 ke bawah RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR) jelasnya akan mula disalurkan Isnin ini bagi meringankan beban rakyat menyambut Aidilfitri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIsnin ini STR akan juga dikeluarkan supaya meringankan beban rakyat. Untuk STR mencecah perbelanjaan RM1.7 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mahu penjawat awam faham, mengapa kita keras dalam tatakelola, elak ketirisan dan rasuah, kerana bila dapat hasil kita pulangkan balik kepada rakyat,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"625\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bonusxxm.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8571\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bonusxxm.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bonusxxm-288x300.jpg 288w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bonusxxm-150x156.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bonusxxm-300x313.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1\/2024 Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Gred Sistem Saraan Malaysia (SSM) 55 dan 56 ditukarkan Gred SSPA 15.<\/p>\n\n\n\n<p>Minggu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan supaya menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata pemberian BKK penting bagi meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Adnan pihaknya berharap agar kerajaan meneruskan tradisi pemberian bantuan itu, yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami memahami bahawa penjawat awam baru sahaja menikmati kenaikan gaji yang telah diumumkan oleh kerajaan. Namun, tradisi pemberian BKK setiap kali menjelang Aidilfitri adalah satu inisiatif yang amat dihargai dan dinanti-nantikan oleh penjawat awam bagi memastikan kesejahteraan mereka dan keluarga dalam membuat persiapan perayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSambutan Aidilfitri sering kali melibatkan peningkatan perbelanjaan, khususnya bagi mereka yang perlu membuat persiapan pulang ke kampung halaman, menyediakan keperluan asas keluarga serta memenuhi keperluan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat,\u201d katanya.-21\/3\/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita gembira untuk semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang akan menerima bonus raya Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan berita baik itu berkata semua bayaran akan dibuat minggu hadapan. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata BKK Aidilfitri sebanyak RM250 pula akan dibayar kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8569,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-8568","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8568","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8568"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8568\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8573,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8568\/revisions\/8573"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8569"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8568"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8568"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8568"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}