{"id":8574,"date":"2025-03-21T16:14:59","date_gmt":"2025-03-21T08:14:59","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8574"},"modified":"2025-03-21T16:15:01","modified_gmt":"2025-03-21T08:15:01","slug":"statistik-jawatankuasa-kabinet-satu-kematian-setiap-dua-jam-akibat-kemalangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/2025\/03\/21\/statistik-jawatankuasa-kabinet-satu-kematian-setiap-dua-jam-akibat-kemalangan\/","title":{"rendered":"Statistik Jawatankuasa Kabinet: Satu kematian setiap dua jam akibat kemalangan"},"content":{"rendered":"\n<p>Satu kematian berlaku pada setiap dua jam akibat kemalangan jalan raya di negara ini, dengan nahas jalan raya berlaku pada kira-kira setiap 50 saat.<\/p>\n\n\n\n<p>Angka yang menyedihkan ini dilaporkan ketika menghampiri musim cuti Hari Raya, apabila berjuta-juta warga di kota akan pulang ke kampung halaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang 2024, Malaysia mencatatkan purata 1,729 kemalangan jalan raya setiap hari, dengan 14 kematian setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadar kematian keseluruhan akibat kemalangan jalan raya pula ialah 0.8 kematian bagi setiap 100 kemalangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perangkaan kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya yang dikeluarkan Jawatankuasa Kabinet secara harian bermula Mac ini menunjukkan bahawa, kemalangan cenderung meningkat dengan mendadak menjelang perayaan besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian terdapat penurunan pada hari perayaan, diikuti dengan peningkatan semula kadar kemalangan sebaik perayaan berakhir apabila trafik kembali normal.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2024, tiga hari yang merekodkan jumlah kemalangan tertinggi semuanya jatuh dalam tempoh seminggu sebelum Hari Raya, iaitu 2,185 kes pada 5 April; 4 April (2,160 kes) dan 6 April (2,156 kes).<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas jumlahnya menurun semasa tempoh perayaan, jumlah kemalangan kembali meningkat, dengan 2,146 kes dilaporkan pada 15 April 2024, iaitu empat hari selepas Aidilfitri.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, hari Isnin muncul sebagai hari yang mencatat purata jumlah kemalangan tertinggi dalam seminggu iaitu 1,803, diikuti Jumaat (1,802) dan Selasa (1,796).<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ahad menyaksikan purata jumlah kemalangan terendah iaitu 1,451 kemalangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, apabila melibatkan kematian di jalan raya, Ahad dan Sabtu adalah hari yang merekodkan keadaan terburuk dengan masing-masing dianggarkan merekodkan purata 15 kematian.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik aliran kadar kemalangan ini, usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan keselamatan jalan raya berjaya menyumbang kepada pengurangan dalam jumlah kemalangan dan kematian semasa perayaan besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh, operasi Ops Selamat 23 yang diadakan selama lima hari dari 28 Januari hingga 2 Februari 2025 sempena Tahun Baru Cina, berjaya mengurangkan kes kemalangan sebanyak 10 peratus, dengan 7,882 kes berbanding 8,784 dalam tempoh yang sama pada 2024.-21\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu kematian berlaku pada setiap dua jam akibat kemalangan jalan raya di negara ini, dengan nahas jalan raya berlaku pada kira-kira setiap 50 saat. Angka yang menyedihkan ini dilaporkan ketika menghampiri musim cuti Hari Raya, apabila berjuta-juta warga di kota akan pulang ke kampung halaman. Sepanjang 2024, Malaysia mencatatkan purata 1,729 kemalangan jalan raya setiap [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8575,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-8574","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8574","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8574"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8574\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8576,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8574\/revisions\/8576"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8575"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8574"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8574"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8574"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}