{"id":8579,"date":"2025-03-23T06:49:03","date_gmt":"2025-03-22T22:49:03","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8579"},"modified":"2025-03-23T14:36:10","modified_gmt":"2025-03-23T06:36:10","slug":"isu-kuil-awas-menteri-komunikasi-dapati-ada-komen-tidak-wajar-di-media-sosial","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8579","title":{"rendered":"Isu kuil: Awas&#8230;Menteri Komunikasi dapati ada komen tidak wajar di media sosial"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kata beliau dapati ada komen yang tidak wajar dibuat oleh warganet di media sosial mengenai isu kuil di Jalan Masjid India,Kuala LUmpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau perkara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika ada yang melanggar undang-undang, tindakan tegas akan diambil,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Serentak dengan itu beliau meminta semua pihak berhati-hati ketika menyuarakan pandangan di media sosial berkait isu itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata demikian selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Komunikasi di IWK Eco Park @Pantai Dalam, pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga meminta pihak yang tiada kaitan dengan isu berkenaan memberi ruang kepada rundingan bagi mencari jalan penyelesaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sedang menguruskan tanah gantian dalam isu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemandangkan isu berita membabitkan pengurusan tanah gantian oleh DBKL, adalah lebih baik jika pihak luar memberi ruang kepada mereka untuk meneruskan rundingan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah meminta perkara itu diselesaikan dengan baik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan berlaku salah faham.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pihak kuil juga sudah menyatakan pandangan mereka selain mengemukakan permohonan berkaitan beberapa lokasi alternatif sebelum ini dan proses itu sedang berjalan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKawasan tanah berkenaan adalah milik swasta, bukan tanah kerajaan dan sudah dijual kepada pihak syarikat tekstil Jakel pada 2012.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang diwartakan pada 2018 turut menetapkan penggunaan tanah terbabit berdasarkan pelan yang terpakai,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelmarin, berlangsung perbincangan berkait perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Jakel Group berlangsung antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Jakel, tanah itu diwakafkan pengasas Jakel, Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad untuk pembinaan masjid bagi kegunaan komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporatnya, Aiman Darzuki berkata tanah itu milik penuh syarikat sejak 2012 selepas perjanjian pembelian dengan DBKL dimetrai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTanah berkenaan diwakafkan pengasas Jakel, Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad untuk tujuan pembinaan masjid bagi kegunaan komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJakel memperoleh kelulusan pembangunan pada 2020 dan pelan bangunan pada 2021 untuk pembinaan masjid tiga tingkat dengan sub-basement.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, pembinaan masih ditangguhkan bagi menghormati kedudukan kuil yang masih beroperasi di lokasi tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri yang mengulas hal berkenaan berkata ada pihak yang cuba menunggang isu kuil di Jalan Masjid India itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya pihak tersebut membuat kenyataan bahawa kuil itu akan dirobohkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMasalahnya adalah apabila ada penunggang-penunggan agama ini termasuk daripada pihak Hindu juga, umpamanya ada peguam-peguam yang tidak pernah terlibat dengan kegiatan agama Hindu pun terus jadi jaguh dan buat kenyataan umpamanya nak merobohkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tak boleh bayangkan saya sebagai PM nak merobohkan mana-mana kuil atau kegiatan agama orang lain,\u201d katanya.- 22\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kata beliau dapati ada komen yang tidak wajar dibuat oleh warganet di media sosial mengenai isu kuil di Jalan Masjid India,Kuala LUmpur. Katanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau perkara ini. \u201cJika ada yang melanggar undang-undang, tindakan tegas akan diambil,\u201d katanya. Serentak [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2172,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-8579","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8579","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8579"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8579\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8580,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8579\/revisions\/8580"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2172"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8579"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8579"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8579"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}