{"id":8670,"date":"2025-03-26T11:02:01","date_gmt":"2025-03-26T03:02:01","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8670"},"modified":"2025-03-26T20:55:10","modified_gmt":"2025-03-26T12:55:10","slug":"serangan-siber-di-klia-gangguan-lebih-10-jam-ahad-lepas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8670","title":{"rendered":"Serangan siber di KLIA\u2026 gangguan lebih 10 jam Ahad lepas"},"content":{"rendered":"\n<p>Hal ini merupakan rahsia negara sehinggalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau tidak tunduk dengan &#8216;peras ugut siber&#8217; yang meminta bayaran USD10 juta selepas &#8216;mengunci&#8217; sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).<\/p>\n\n\n\n<p>Serangan siber terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang menyasarkan sistem KLIA mengakibatkan gangguan selama lebih 10 jam pada Ahad lepas, sekali gus menjejaskan operasi penerbangan dengan ribuan penumpang terkandas.<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik laporan NST, serangan itu menyebabkan pelbagai masalah, termasuklah pengendalian bagasi yang tidak dapat berfungsi hingga memaksa kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbangan beralih kepada operasi manual.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"650\" height=\"363\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/sibersekureti.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-7074\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/sibersekureti.jpg 650w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/sibersekureti-300x168.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/sibersekureti-150x84.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 650px) 100vw, 650px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Laporan yang merujuk sumber tidak didedahkan itu juga mendakwa gangguan ini bercanggah dengan kenyataan bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan MAHB sebelum ini bahawa insiden tersebut tidak menjejaskan operasi di lapangan terbang itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber dipetik NST tersebut mendakwa, siasatan awal menunjukkan pencerobohan siber telah menjejaskan sistem kritikal KLIA, menyebabkan gangguan berpanjangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengesahkan bentuk serangan atau mengenal pasti pihak bertanggungjawab,\u201d kata sumber itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Gangguan ini dikatakan turut memberi kesan kepada jadual penerbangan dengan banyak kelewatan dilaporkan sepanjang hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan itu lagi, ketiadaan sistem sandaran yang kukuh dikatakan memperlahankan usaha pemulihan sistem berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi sumber industri penerbangan pula berkata, papan maklumat penerbangan mengalami gangguan secara berselang-seli selama dua hari sebelum kembali beroperasi seperti biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak boleh menafikan kesannya. Ribuan orang menyaksikan sendiri papan maklumat yang tidak berfungsi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar serangan serta langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan insiden serupa berulang.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri sebelum itu mendedahkan, sistem MAHB diserang penggodam yang meminta dana sebanyak AS$10 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kejadian itu dilaporkan berlaku sehari atau dua hari lalu, namun tidak mengendahkan permintaan penggodam tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemalam kita berbicara tentang serangan siber dan agak berat dalam MAHB satu, dua hari lalu. Perbincangan bagaimana menyelesaikan tuntutan \u2018hackers\u2019 (penggodam) untuk peroleh dana AS$10 juta dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya maklum, alhamdulillah bulan Ramadan. Saya tak tunggu lima saat, saya terus jawab \u2018no\u2019 (tidak),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Anwar menegaskan, kerajaan pimpinannya sesekali tidak akan tunduk kepada tuntutan penjenayah dan pengkhianat negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak mungkin negara ini akan selamat kalau pimpinan dan sistemnya mengizinkan kita tunduk kepada penjenayah dan pengkhianat dalam atau luar negara,\u201d katanya.-26\/3\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hal ini merupakan rahsia negara sehinggalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau tidak tunduk dengan &#8216;peras ugut siber&#8217; yang meminta bayaran USD10 juta selepas &#8216;mengunci&#8217; sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Serangan siber terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang menyasarkan sistem KLIA mengakibatkan gangguan selama lebih 10 jam pada Ahad [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8673,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-8670","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8670","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8670"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8670\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8677,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8670\/revisions\/8677"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8673"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}