{"id":8871,"date":"2025-04-07T08:06:09","date_gmt":"2025-04-07T00:06:09","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8871"},"modified":"2025-04-07T08:07:41","modified_gmt":"2025-04-07T00:07:41","slug":"jakim-anjur-muzakarah-mki-teliti-fatwa-wajib-campurtangan-ketenteraan-ke-atas-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8871","title":{"rendered":"Muzakarah MKI teliti fatwa wajib campur tangan ketenteraan ke atas Palestin"},"content":{"rendered":"\n<p>Perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan diadakan dalam kadar segera bagi meneliti fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkaitan isu pencerobohan Israel di Gaza, Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar dalam kenyataan Ahad memaklumkan perbincangan itu akan dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi meneliti fatwa berkenaan secara mendalam dan menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga telah meminta agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengadakan libat urus bersama para agamawan dan pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut dari pelbagai sudut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan negara dan umat Islam, khususnya saudara kita di Gaza,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan beberapa laporan media antarabangsa antara intipati fatwa ialah kewajipan campur tangan ketenteraan segera negara-negara Arab dan Islam, serta keperluan mengkaji semula perjanjian damai yang dimeterai beberapa negara Arab dengan entiti penjajah.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia memutuskan fatwa mewajibkan jihad harta untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, dan mengharamkan untuk menyokong Israel dalam apa jua bentuk sokongan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Na\u2019im berkata agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan termasuk melalui Tabung Kemanusiaan Palestin yang telah ditubuhkan untuk meringankan beban kehidupan rakyat Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata semua pihak memikul tanggungjawab bersama untuk terus menyuarakan sokongan, menzahirkan solidariti dan mendoakan kemenangan bagi rakyat Palestin serta mendoakan agar segala usaha itu menjadi asbab kepada kebebasan dan keamanan yang hakiki buat bumi Gaza.-7\/4\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan diadakan dalam kadar segera bagi meneliti fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkaitan isu pencerobohan Israel di Gaza, Palestin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar dalam kenyataan Ahad memaklumkan perbincangan itu akan dianjurkan Jabatan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1320,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-8871","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8871","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8871"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8871\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8874,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8871\/revisions\/8874"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1320"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}