{"id":8890,"date":"2025-04-07T20:37:32","date_gmt":"2025-04-07T12:37:32","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8890"},"modified":"2025-04-07T20:37:33","modified_gmt":"2025-04-07T12:37:33","slug":"ekonomi-malaysia-tidak-terjejas-ketara-walaupun-amerika-kenakan-tarif-baharu-pakar-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8890","title":{"rendered":"Ekonomi Malaysia tidak terjejas ketara walaupun Amerika kenakan tarif baharu &#8211; Pakar Ekonomi"},"content":{"rendered":"\n<p>Meskipun Amerika Syarikat mengumumkan kadar tarif baharu terhadap beberapa negara termasuk Malaysia, ekonomi negara dijangka tidak terjejas secara ketara dalam jangka masa terdekat, menurut Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, UKM (MINDA- UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Prof Dr Noor Azlan, Malaysia termasuk dalam senarai \u2018Dirty 15\u2019 \u2014 negara yang mencatat lebihan dagangan (surplus) berpanjangan dengan dengan 10 tahun terakhir daripada RM12 bilion pada 2014 kepada RM72 bilion pada 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, tarif baharu ini dikira berdasarkan anggaran Amerika Syarikat terhadap halangan tarif dan bukan tarif yang dikenakan oleh negara lain terhadap produk import dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat menganggarkan Malaysia mengenakan halangan keseluruhan sebanyak 47%, dan seterusnya menetapkan tarif balas ke atas Malaysia sebanyak 24%.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai tarif baharu yang digelar sebagai \u2018kadar tarif timbal balas\u2019 dibuat sebagai sebahagian daripada manifestasi kempen \u201cMake America Great Again\u201d (M.A.G.A).<\/p>\n\n\n\n<p>Trump menyifatkan langkah ini sebagai simbolik kepada \u201cHari Pembebasan\u201d, membebaskan AS daripada apa yang dianggapnya sebagai ketidakadilan perdagangan global terhadap negara itu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"590\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/noorAzlanghazali.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8892\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/noorAzlanghazali.jpg 590w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/noorAzlanghazali-300x203.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/noorAzlanghazali-150x102.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 590px) 100vw, 590px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Namun begitu, menurut Prof Dr Noor Azlan beberapa produk utama eksport Malaysia seperti semikonduktor, besi, aluminium, farmaseutikal dan peralatan auto dikecualikan daripada tarif ini. Ini memberi sedikit kelegaan memandangkan lebih separuh (54.6%) daripada eksport Malaysia ke Amerika Syarikat terdiri daripada produk elektrik dan elektronik (E&amp;E), khususnya semikonduktor.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia adalah pembekal kelima terbesar semikonduktor kepada Amerika Syarikat, dan pengecualian ini dijangka meminimakan kesan langsung tarif terhadap eksport kita,\u201d ujarnya dalam satu tulisan di Facebooknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula, produk E&amp;E Malaysia ke AS kebanyakannya adalah berteknologi tinggi dan lebih bergantung kepada kualiti berbanding harga murah, menjadikan ia lebih tahan terhadap tekanan pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2023, sebanyak 67% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disumbangkan oleh permintaan global, manakala hanya 33% disumbangkan oleh permintaan domestik bersih. Oleh itu, sebarang kelembapan dalam ekonomi global akan memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cEkonomi Malaysia sangat bergantung kepada eksport, dan jika ekonomi negara-negara utama terjejas akibat ketegangan perdagangan ini, kita juga akan menerima tempias,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/belanjawan-1-1-1024x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8893\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/belanjawan-1-1-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/belanjawan-1-1-300x300.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/belanjawan-1-1-150x150.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/belanjawan-1-1-768x768.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/belanjawan-1-1-696x696.jpg 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/belanjawan-1-1-1068x1068.jpg 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/belanjawan-1-1.jpg 1440w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Prof Dr Noor Azlan menyifatkan bahawa tindakan Amerika Syarikat ini berisiko menjadi pencetus kepada konflik perdagangan global yang lebih besar, dan peranan Pusat Komando Geoekonomi Negara (NGCC) yang baru ditubuhkan adalah amat penting dalam menilai serta menyusun tindak balas strategik negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia tidak boleh berpeluk tubuh. Kita perlu bergerak pantas membina daya tahan dan meningkatkan kecanggihan ekonomi sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu,katanya asas makroekonomi negara masih kekal kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata semua pilihan akan dikaji dan dipertimbangkan untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan MADANI juga akan mempercepatkan agenda reformasi ekonomi dan perindustrian kita \u2013 seperti yang digariskan oleh pelan induk seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan lain-lain untuk membina daya tahan ekonomi dan industri Malaysia,\u201d kata beliau.-7\/4\/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Meskipun Amerika Syarikat mengumumkan kadar tarif baharu terhadap beberapa negara termasuk Malaysia, ekonomi negara dijangka tidak terjejas secara ketara dalam jangka masa terdekat, menurut Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, UKM (MINDA- UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali. Menurut Prof Dr Noor Azlan, Malaysia termasuk dalam senarai \u2018Dirty 15\u2019 \u2014 negara yang [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8891,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-8890","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8890","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8890"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8890\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8895,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8890\/revisions\/8895"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8891"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8890"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8890"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8890"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}