{"id":8915,"date":"2025-04-08T12:27:33","date_gmt":"2025-04-08T04:27:33","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=8915"},"modified":"2025-04-08T12:27:34","modified_gmt":"2025-04-08T04:27:34","slug":"tarif-trump-malaysia-pilih-berunding-hantar-wakil-rasmi-ke-amerika","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=8915","title":{"rendered":"Tarif Trump: Malaysia pilih berunding\u2026 hantar wakil rasmi ke Amerika"},"content":{"rendered":"\n<p>Ketika ada negara yang melawan &#8216;pemerasan&#8217; Amerika Syarikat (AS) melalui tarif timbal balik yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif juga kepada barangan Amerika\u2026 Malaysia ambil pendekatan rasional dan diplomasi dengan memilih jalan rundingan.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan penting ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi Selasa ketika berucap merasmikan Persidangan Pelaburan ASEAN di Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Anwar, Malaysia akan menghantar wakil rasmi ke AS untuk membincangkan tarif 24% dikenakan ke atas import negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata perdagangan Malaysia dengan negara itu selama ini telah menjadi contoh kerjasama yang saling menguntungkan dan memanfaatkan kedua-duanya, dengan eksport Malaysia menyokong pertumbuhan negara dan menyediakan pekerjaan berkualiti tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, beliau berkata tarif berkuat kuasa esok itu mungkin memberi kesan negatif kepada ekonomi kedua-duanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak percaya kepada \u2018diplomasi megafon\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai sebahagian daripada diplomasi berlandaskan perbincangan, kita akan menghantar pegawai ke Washington untuk memulakan proses dialog,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2 April, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan beberapa tarif baharu yang secara langsung menaikkan duti import ke atas beberapa rakan dagang Washington di Asia Tenggara.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara paling terkesan ialah Kemboja dengan tarif asas sebanyak 49%, diikuti oleh Laos (48%), Vietnam (46%) dan Myanmar (44%).<\/p>\n\n\n\n<p>Thailand dikenakan tarif sebanyak 36%, Indonesia 32%, Brunei dan Malaysia masing-masing 24%, Filipina 17%, dan Singapura 10%.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar dalam ucapan itu juga berkata kepelbagaian perdagangan, integrasi ekonomi lebih erat dan inisiatif di peringkat sub-wilayah akan membantu mengurangkan kesan tarif itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata salah satu contoh utama ialah Zon Ekonomi Khas Johor\u2013Singapura, yang bertujuan menyokong pelaburan dan melancarkan pergerakan barangan serta orang ramai antara Malaysia dan Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun ini bukanlah penyelesaian mutlak, namun ia tetap merupakan satu langkah yang signifikan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan merendahkan halangan dan menyelaras dasar antara dua ekonomi yang saling berkait rapat, kita mencipta satu kajian kes dalam logik ekonomi rentas sempadan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga berkata Malaysia komited membangunkan kawasan sempadannya \u2013 seperti di utara Semenanjung yang bersempadan dengan Thailand, serta sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan \u2013 bagi menggalakkan aktiviti ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menyatakan bahawa walaupun pemimpin rantau ini mungkin beranggapan kerjasama serantau bergerak perlahan atau bahawa sistem perdagangan antarabangsa \u2018sudah tidak dapat diselamatkan lagi\u2019, Asean telah membuktikan keupayaannya untuk menghadapi pelbagai cabaran sepanjang enam dekad kewujudannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata tarif diumumkan Trump berlaku dalam suasana ketidaktentuan globalisasi yang semakin meningkat, di tengah-tengah lonjakan perlindungan ekonomi dan penstrukturan semula rantaian bekalan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam persekitaran ini, Asean menyerlah sebagai sinar harapan dan sikap positif. Kita masih secara umumnya komited terhadap keterbukaan, kerjasama dan kesinambungan institusi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan gelombang tarif yang melanda seluruh dunia dengan begitu pantas dan agresif, kita sedang menyaksikan keretakan dalam sistem global. Oleh itu, Asean perlu lebih bergantung kepada dirinya sendiri.\u201d-8\/4\/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketika ada negara yang melawan &#8216;pemerasan&#8217; Amerika Syarikat (AS) melalui tarif timbal balik yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif juga kepada barangan Amerika\u2026 Malaysia ambil pendekatan rasional dan diplomasi dengan memilih jalan rundingan. Keputusan penting ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi Selasa ketika berucap merasmikan Persidangan Pelaburan ASEAN di [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8916,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-8915","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8915","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8915"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8915\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8918,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8915\/revisions\/8918"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8916"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8915"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8915"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8915"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}