{"id":9087,"date":"2025-04-16T20:26:16","date_gmt":"2025-04-16T12:26:16","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9087"},"modified":"2025-04-16T20:27:07","modified_gmt":"2025-04-16T12:27:07","slug":"ydp-agong-murka-kesilapan-akhbar-sin-chew-papar-jalur-gemilang-tanpa-bulan-sabit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9087","title":{"rendered":"YDP Agong murka kesilapan akhbar Sin Chew papar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kebiasaan Yang di-Pertuan Agong jarang sekali membuat teguran terbuka terhadap sesuatu isu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi andaian yang boleh dibuat disini ialah apa yang berlaku ini sangat serius.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Rabu buat teguran terhadap akhbar berbahasa Cina yang paling berpengaruh di negara ini,Sin Chew Daily.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana akhbar yang ditubuhkan pada tahun 1929 itu telah menyiarkan paparan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka depan semalam,Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ilustrasi berkenaan, Jalur Gemilang dipaparkan bersama bendera China sempena liputan Lawatan Negara ke Malaysia oleh Presiden China, Xi Jinping.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi hantaran melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit itu tidak boleh diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Titah Sultan Ibrahim, bendera negara adalah lambang kedaulatan dan identiti sesebuah negara yang tidak boleh dipersendakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda bertitah, bendera bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, sebaliknya ia mewakili perjuangan, sejarah, kemerdekaan dan semangat rakyat jelata.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,&#8221; titah baginda.<\/p>\n\n\n\n<p>Seri Paduka bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan serta-merta terhadap Sin Chew Daily kerana menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>KDN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak Sin Chew Daily sudah dipanggil, hari ini, bagi tujuan siasatan dan Surat Tunjuk Sebab turut diserahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414) serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).<\/p>\n\n\n\n<p>Gara gara kesilapan tu akhbar Sin Chew Daily berdepan kritikan hebat dari pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kecuaian dan tindakan tidak sensitif.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu, pihak Sin Chew Daily mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, kegagalan memaparkan bulan sabit dalam ilustrasi terbabit didakwa berpunca daripada kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.- 16\/4\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kebiasaan Yang di-Pertuan Agong jarang sekali membuat teguran terbuka terhadap sesuatu isu. Jadi andaian yang boleh dibuat disini ialah apa yang berlaku ini sangat serius. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Rabu buat teguran terhadap akhbar berbahasa Cina yang paling berpengaruh di negara ini,Sin Chew Daily. Ini kerana akhbar yang ditubuhkan pada tahun 1929 itu [&#8230;]\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9089,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-9087","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9087","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9087"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9087\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9090,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9087\/revisions\/9090"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9089"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9087"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9087"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9087"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}