{"id":9139,"date":"2025-04-18T14:33:50","date_gmt":"2025-04-18T06:33:50","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9139"},"modified":"2025-04-18T14:33:51","modified_gmt":"2025-04-18T06:33:51","slug":"anwar-jemput-kapten-industri-thailand-melabur-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9139","title":{"rendered":"Anwar jemput kapten industri Thailand melabur di Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan  dengan  pemimpin industri Thailand sempena lawatannya ke negara tersebut pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum itu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di Government House.<\/p>\n\n\n\n<p>Anggota delegasi beliau termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan perwakilan khas ASEAN ke Myanmar Tan Sri Othman Hashim.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 komited untuk meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menekankan mengenai komitmen Malaysia untuk menarik pelaburan mampan yang memberikan kesan limpahan positif kepada ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 komited untuk memupuk sebuah rantau yang lebih berdaya tahan, inklusif dan berorientasi rakyat yang diintegrasikan dengan lancar kepada ekonomi global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni termasuk memperteguh hubungan dengan negara jiran seperti Thailand,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9141\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-150x100.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-696x464.jpg 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr-1920x1281.jpg 1920w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/anwar-investr.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Kapten industri yang bertemu Anwar termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan Thai Charoen Corp (TCC) Thapana Sirivadhanabhakdi, Pengasas dan Pengerusi kumpulan Minor International (MINT) William Ellwood Heinecke serta CEO dan Presiden PTT Public Company Ltd Dr Kongkrapan Intarajang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Anwar, Malaysia berpandukan kepada dasar ekonomi yang teguh termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Strategi Pelaburan Hijau (GIS).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia bersedia untuk membantu pelabur Thailand yang berminat untuk melaksanakan projek pelaburan berkualiti di negara ini khususnya dalam aktiviti nilai tambah tinggi dalam sektor yang disasarkan,\u201d kata Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri turut menekankan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang ideal dalam sektor seperti elektrik dan elektronik (E&amp;E), automotif (kenderaan elektrik), kimia, bahan termaju, ekonomi digital, tenaga boleh baharu, pemerangkapan karbon, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), aeroangkasa, farmaseutikal dan peranti perubatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Kementerian Luar Malaysia, pada 2024, Thailand merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia di dunia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan berjumlah US$25.03 bilion (RM114.56 bilion).<\/p>\n\n\n\n<p>Antara Januari dan Februari tahun ini, perdagangan dua hala berjumlah US$3.96 bilion (RM17.65 bilion), meningkat daripada US$3.67 bilion (RM16.80 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2024.-18\/4\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri Thailand sempena lawatannya ke negara tersebut pada Khamis. Sebelum itu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di Government House. Anggota delegasi beliau termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9140,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-9139","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9139","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9139"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9143,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9139\/revisions\/9143"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9140"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}