{"id":9192,"date":"2025-04-22T06:55:52","date_gmt":"2025-04-21T22:55:52","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9192"},"modified":"2025-04-22T06:55:54","modified_gmt":"2025-04-21T22:55:54","slug":"imam-besar-al-azhar-berduka-atas-pemergian-paus-francis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9192","title":{"rendered":"Imam Besar Al-Azhar berduka atas pemergian Paus Francis"},"content":{"rendered":"\n<p>Imam Besar Al-Azhar Dr Ahmed Al-Tayeb telah melahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Paus Francis, ketua Gereja Roman Katolik, yang disifatkannya sebagai \u201ctokoh kemanusiaan terbilang dan sahabat yang dikasihi\u201d, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu kenyataan, Dr Ahmed Al-Tayeb memuji Paus atas dedikasinya yang tidak berbelah bahagi kepada kemanusiaan, menggambarkannya sebagai seorang tokoh yang &#8220;mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada manusia, menyokong mereka yang tertindas, pelarian, dan mereka yang terpinggir.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Imam Besar Al-Azhar turut menekankan komitmen Paus dalam memupuk dialog antara agama dan persefahaman antara pelbagai budaya dan agama yang berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengakui perkembangan ketara dalam hubungan antara Vatican dan Al-Azhar di bawah kepimpinan Paus Francis.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara detik penting dalam kerjasama itu termasuk penyertaan Paus dalam Persidangan Keamanan Antarabangsa Al-Azhar pada 2017, diikuti pemeteraian \u201cDokumen Persaudaraan Insan\u201d yang bersejarah pada 2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, pemimpin India, Pakistan, Bangladesh, dan Sri Lanka bersama tokoh dunia lain berdukacita atas pemergian Paus Francis pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyanjung Francis atas sifat belas kasihannya serta peranannya sebagai pemimpin rohani komuniti Katolik di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam saat penuh dukacita dan ingatan ini, saya merakamkan ucapan takziah kepada komuniti Katolik global. Paus Francis akan sentiasa dikenang sebagai simbol belas kasihan, kerendahan hati dan keberanian rohani oleh jutaan insan di seluruh dunia,\u201d kata Perdana Menteri India Narendra Modi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-1024x682.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-9194\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-1024x682.webp 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-300x200.webp 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-768x512.webp 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-1536x1024.webp 1536w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-150x100.webp 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-696x464.webp 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-1068x712.webp 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd-1920x1280.webp 1920w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/popesd.webp 2000w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSaya masih mengingati pertemuan saya bersama beliau dan amat terinspirasi oleh komitmennya terhadap pembangunan inklusif dan menyeluruh. Kasih sayangnya terhadap rakyat India akan sentiasa dihargai,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pula menyifatkan pemimpin tertinggi Gereja Roman Katolik itu sebagai \u201csinar keamanan, kasih sayang dan keharmonian antara agama.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepimpinannya telah memberi inspirasi kepada berbilion orang, bukan hanya dalam Gereja Katolik, menerusi kasih sayang dan belas ihsan terhadap golongan kurang bernasib baik. Bagi pihak rakyat Pakistan, saya merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada Gereja Katolik serta semua yang merasai kehilangan besar ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin sementara kerajaan Bangladesh Muhammad Yunus dan Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake turut menyampaikan ucapan takziah dengan nada yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKomitmen teguh beliau terhadap keamanan, kasih sayang dan nilai kemanusiaan telah meninggalkan kesan mendalam kepada dunia. Semoga legasi beliau dalam memperjuangkan belas kasihan, keadilan dan keharmonian antara agama terus menjadi inspirasi generasi akan datang,\u201d kata Dissanayake.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan pemergiannya, kita menyaksikan berakhirnya satu era kepausan yang bermaruah, dipimpin dengan keperibadian unggul demi memartabatkan maruah insan, keharmonian antara agama, dan keadilan buat golongan terpinggir. Kepimpinannya merentasi sempadan keagamaan dan mendorong jutaan orang untuk bergiat membina dunia yang lebih inklusif, bertolak ansur dan penuh belas kasihan,\u201d kata Yunus dalam kenyataannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Paus Francis meninggal dunia akibat penyakit pernafasan pada usia 88 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa pemimpin politik India turut menyatakan kesedihan atas pemergiannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Paus, kata pemimpin kanan parti Kongres, Rahul Gandhi, \u201csentiasa berpihak kepada golongan tertindas dan terpinggir, bersuara lantang menentang ketidaksamarataan, dan memberi inspirasi kepada jutaan insan merentasi agama dengan mesej cinta dan kemanusiaan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya turut berdukacita bersama saudara-saudari Kristian saya di India dan di seluruh dunia, dan berkongsi rasa kehilangan yang mendalam serta empati terhadap mereka,\u201d kata Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.-22\/4\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Imam Besar Al-Azhar Dr Ahmed Al-Tayeb telah melahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Paus Francis, ketua Gereja Roman Katolik, yang disifatkannya sebagai \u201ctokoh kemanusiaan terbilang dan sahabat yang dikasihi\u201d, lapor Agensi Berita Emirates (WAM). Dalam satu kenyataan, Dr Ahmed Al-Tayeb memuji Paus atas dedikasinya yang tidak berbelah bahagi kepada kemanusiaan, menggambarkannya sebagai seorang tokoh<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9193,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-9192","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9192","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9192"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9192\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9196,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9192\/revisions\/9196"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9193"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9192"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9192"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9192"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}