{"id":9234,"date":"2025-04-24T01:02:19","date_gmt":"2025-04-23T17:02:19","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9234"},"modified":"2025-04-24T01:03:52","modified_gmt":"2025-04-23T17:03:52","slug":"kedudukan-islam-dan-melayu-dap-tak-boleh-pinda-perlembagaan-sekalipun-ada-148-kerusi-parlimen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9234","title":{"rendered":"Kedudukan Islam dan Melayu: DAP tak boleh pinda perlembagaan sekalipun ada 148 kerusi Parlimen"},"content":{"rendered":"\n<p>Persoalan ini kerapkali berbangkit bila ada polimek berkaitan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta semua pihak khususnya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera perlu memahami hakikat ini bagi menolak tohmahan bahawa UMNO mahu menjual negara apabila menyertai Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi Wawancara Siri #2 Bongkar Fitnah Islam Terancam yang dimuat naik di Facebooknya, pada Rabu beliau menegaskan pindaan perlembagaan yang boleh memansuhkan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini tidak mungkin dilakukan meskipun DAP mempunyai 148 kerusi di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya ini kerana sebarang pindaan Perlembagaan membabitkan kedudukan Islam dan Melayu termasuk Bumiputera perlu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApakah mungkin berlakunya pindaan Perlembagaan, tidak mungkin, kerana nak pinda Perlembagaan mesti ada 148 (kerusi). DAP hanya ada 40. Mana mungkin untuk meminda Perlembagaan<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKatakan DAP ada 148 (kerusi) sekali pun tidak mungkin boleh meminda Perlembagaan yang melibatkan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera Perkara 3, Perkara 153 sekiranya ia tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Asyraf agenda Islam dan Melayu tidak akan sesekali ditinggalkan malah ia menjadi antara syarat untuk UMNO serta Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita meletakkan syarat kepada parti-parti yang mengadakan hubungan atau hendak bekerjasama dengan UMNO dan BN, pertama mesti hormat, jangan sesekali mempertikai Perkara 3 di dalam Perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkara 153 yang menyebut soal kedudukan istimewa orang Melayu dan penduduk asal Bumiputera dan juga kedudukan serta keistimewaan Raja-Raja Melayu, pemelihara kepada Islam, Melayu dan bahasa Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni empat perkara yang dimasukkan di dalam perjanjian yang akhirnya ditandatangani oleh semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan iaitu sebanyak 18 parti,\u201d katanya lagi.- 23\/4\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Persoalan ini kerapkali berbangkit bila ada polimek berkaitan Kerajaan Perpaduan. Oleh itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta semua pihak khususnya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera perlu memahami hakikat ini bagi menolak tohmahan bahawa UMNO mahu menjual negara apabila menyertai Kerajaan Perpaduan. Menerusi Wawancara Siri #2 Bongkar Fitnah Islam Terancam yang [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2197,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-9234","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9234","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9234"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9234\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9235,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9234\/revisions\/9235"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2197"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}